Wajarkah di bandar?

Semalam saya membaca satu artikel di Utusan Sarawak mengenai tindakan menguatkuasakan undang-undang ke atas sebuah premis di Bandar Baru Mukah yang menjalankan kegiatan haram memelihara burung walit. Artikel ini mengingatkan saya kepada sesetengah tempat yang turut rancak bergiat aktif dalam memelihara burung ini di premis bangunan di pekan mahupun bandar. Antara yang saya sempat melihat dengan mata sendiri ialah di sebuah bandar Sarikei.

Rata-ratanya hampir keseluruhan bangunan kedai di bahagian atasnya memelihara burung ini. Apabila saya melangkah sahaja kaki keluar dari pintu kereta, kedengaran kicauan burung ini yang begitu nyaring sekali. Diri saya terpikir di manakah penguatkuasaan pihak majlis bandar? Adakah pemeliharaan ini di dalam bandar sah di sisi undang-undang? Kalau sah, adakah mereka terpikir akan kesan sampingannya dalam jangka masa panjang nanti? Tidak risaukah mereka pengulangan bencana virus selsema burung yang mengorbankan ramai nyawa dahulu?

Jangan kerana keuntungan,segala kepentingan orang lain diketepikan. Menurut satu sumber, pemeliharaan burung walit memberikan pendapatan yang sangat lumayan. Jika harga sarang burung mentah RM5,000/kg bermakna pengusaha tersebut mendapat pendapatan RM300,000 sebulan. Manakala kos operasinya elektrik dan air sahaja. Lumayan bukan?

Kepada yang bergiat aktif dalam dunia pemeliharaan ini, seharusnya ikutlah prosedur dan etika yang telah digariskan oleh pihak berkuasa tempatan. Premisnya haruslah dibangunkan minima 100 meter jauh daripada kawasan kediaman. Saiz dan bentuknya pula berdasarkan apa yang ditentukan pihak berkuasa. Sesungguhnya, industri ini memang memberikan pulangan yang lumayan kepada negara kerana nilai eksportnya boleh mencecah RM500juta setahun tapi jangan kerana pendapatan yang diperoleh, hidup masyarakat lain terancam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s