Pelajar tendang guru..

Ketika persekolahan saya sepanjang tahun 90-an, ada di antara pelajar yang aktif dan boleh tahan nakalnya. Masih diri saya mengingati pada ketika itu, ayah saya menjadi guru besar di sebuah sekolah rendah. Pada masa tersebut, diri saya berada di Tahun 1. Sememangnya ayah memang seorang yang amat tegas. Sehingga kami adik beradik yang masih bersekolah pada masa itu berasa gerun pada ayah sendiri. Pada setiap kali perhimpunan, ada beberapa orang pelajar yang melanggar disiplin sekolah dipanggil ke hadapan. Di hadapan puluhan pelajar, kumpulan pelajar ini dihukum dengan telinga mereka akan dilastik dengan gelang getah. Pada masa tersebut ia dikenali sebagai “gelang roti”. Nama ini begitu popular di kalangan pelajar. Hukuman ini ada yang membuatkan sesetengah pelajar menangis. Ada yang merah mukanya menahan kepedihan. Namun, pada masa itu, pelajar ini tidak akan melaporkan pada ibu bapa. Mereka tahu jika dilaporkan, ibu bapa masing-masing akan memarahi kembali pelajar tersebut.  Malah akan disuruh hukum lagi jika menemui guru terbabit. Mereka tahu itulah balasan kenakalan di sekolah. Setelah dewasa, pelajar yang selalu kena inilah yang datang berjumpa pada ayah mengucapkan terima kasih atas segala peristiwa lalu. Apa yang terluah daripada mulut mereka. “apalah nak jadi pada kami sekarang bila cikgu tidak hukum kami sebegitu dahulu”. Sekarang, mereka inilah orang-orang yang berjaya. Kebanyakkan mereka sudah bergelar guru, peniaga dan lain-lain pekerjaan yang baik.

Saya juga pernah menerima hukuman. Ketika darjah 4, kelas fardhu ain saya dan rakan-rakan bermain-main di dalam kelas. Tindakan kami menimbulkan rasa geram ustazah yang mencubit setiap seorang daripada kami. Sehingga kini, luka cubitan ustazah itu masih berbekas di bahu kiri ini. Sampai sekarang juga, tiada sesiapa yang tahu mengenainya. Saya menyimpannya enggan memberitahu mak ayah pada masa itu. Dengan cubitan ini juga, saya dan rakan-rakan bertindak baik di dalam kelas pada kelas seterusnya. Sehingga semuanya kini sudah pun menamatkan pelajaran di universiti masing-masing.

Itulah pelajar dahulu. Pelajarnya yang juga nakal tetapi tidak melakukan sesuatu tindakan melampaui batas apabila sudah menerima hukuman. Sekarang di era milennium, zaman sudah berubah. Dunia semakin meluas. Pengaruh luar masuk tanpa batasan. Nilai-nilai murni dalam kehidupan ada yang sudah tidak menjadi pertimbangan.

Dalam Berita Harian hari ini, satu artikel menunjukkan seorang pelajar perempuan telah menendang gurunya setelah ditegur di Perlis. Selanjutnya boleh dibaca di sini. Ini lah pelajar alaf baru. Kejadian ini bukan perkara baru. Sebelum ini, sudah banyak kali dipaparkan di surat khabar mengenai tindakan kurang ajar pelajar ke atas para guru mereka. Di manakah nilai hormat di kalangan pelajar sebegini? Kadang-kadang para guru merasa tekanan apabila menghadapi situasi begini. Jika dibiarkan, pelajar akan menjadi lebih rosak. Jika diambil tindakan, perkara yang tidak diingini pula berlaku. Semuanya ini adalah berpunca daripada kesilapan ibu bapa. Kesibukan ibu bapa mencari pendapatan mengabaikan kasih sayang pada anak-anak. Kasih sayangnya hanya dilimpahi dengan wang ringgit. Apabila anaknya membuat kesilapan di sekolah, para guru akan diancam tindakan mahkamah jika guru membuat hukuman. Lama-kelamaan, pelajar ini meninggi diri dan manja. Kesemua nilai-nilai ini akan merosakkan diri pelajar. Ini lah yang berlaku sekarang di mana pelajar yang berani membuat sesuatu di luar etika ke atas seorang guru yang juga insan biasa yang sepatutnya dihormati dan disanjungi.

Dunia semakin banyak berubah. Apa yang tidak berlaku dulu, kini ia berlaku sehingga menjadi kebiasaan di mata masyarakat. Norma-norma kehidupan manusia sudah semakin menipis. Tetapi ini lah rencah kehidupan. Rencah kehidupan yang saya akan tempuhi apabila sudah memasuki dunia perguruan tidak lama lagi..

7 thoughts on “Pelajar tendang guru..

  1. these r all normal nowadays..teens r getting more uncontrolled.It’s us,d teacher who’s responsible of helpin to fix diz thing out!!chiayo2 4 all teachers n wannabez
    out there!
    -http://luvnartstudio.wordpress.com/

  2. Guru, ibu bapa, masyarakat serta kerajaan harus bersama-sama membentuk keperibadian muda mudi pada masa kini. Jangan biarkan mereka hanyut dengan kehidupan hedonisme yang ditanam melalui media pada masa kini. Time kasih atas pandangan dan keprihatinan aman, qdetactive, saya dan luvnartstudio..🙂

  3. assalamualaikum..
    aku nak kongsi cte gak ni. waktu aku form6, ckgu yg ajar kite orang pengajian am (PA) garang giler. lelaki la…aku pun penah kene tengking dpn kelas sbb x pandai alih bentuk teks…hehhe tp skrg dah pandai. ni aku bkn nk cte psl aku..ni pasal kwn aku. dia ni aku kenal sjak darjah 1 lagi…smpai form 6. dia ni bkn la terer sgt pun…biasa2 jer. pendiam, humble,. tp entah satu hri tu dia kena tengking ckgu tu dpn kelas. ckgu tu ckp ” awk ni kenapa ha? mcm ne awk bleh msuk form 6? awk ni slalu ponteng ke? jrg sya tgok dlm kelas. bla bla” sian kwn aku sbb dia memang baik. x penah ponteng. lagi satu dia duduk di belkng n pendiam. thats y ckgu x perasan kehadiran dia. tau x ape terjadi slpas itu? kwn aku memang tertekan waktu tu.. kelas yg dia paling x suka waktu ckgu tu..sampai dia sanggup x g skolah! tp perubahan tu skjap je. lepas tu dia buat sesuatu di luar jangkaan! setiap kali exam she’s is the top! semua ckgu bukak mata kat dia! ckgu PA aku tu plak x habis2 puji dia. jd student kesygan dia…stpm dpt pointer 3.96! satu je A- tu pun dia masih frust! skrg dia dah kat UNIMAS…
    ~moral of the story is…bdk2 zmn skrg kdg2 elok kena rotan, kena bagi baik punye supaya dia org sedar diri…tp sygnya pendekatan sperti ini x semua student bleh terima scara positif…guru skrg bleh ditendang sesuka hati…apa nak jadi?? hmm

  4. hmmm..satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama. Ternyata saya tidak setuju guru tersebut memarahi pelajar dengan ungkapan sebegitu. Ia boleh memberikan tekanan psikologi ke atas pelajar. Namun begitu, saya berasa gembira dengan tindakan kawan mazidah kerana mengambil pendekatan yang positif untuk membuktikan dirinya seorang yang berjaya. Semoga dia semakin tabah menempuhi cabaran kehidupan dan mengorak perubahan personaliti ke arah yang lebih unggul.

    Saya bersetuju dengan pandangan saudari mazidah kerana terdapat segelintir pelajar tidak makan saman dengan teguran dan nasihat guru. Hukuman rotan untuk tujuan mendidik. Bukan mendera.. Yang penting sekali, moral dan sikap pelajar berkembang ke arah positif dengan pelaksanaan hukuman yang mematuhi etika.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s