Fahami wanita..

Malam tadi saya memasak lagi. Kali ini ingin mengubah selera dengan memasak Nasi Goreng Cina ditemani ayam goreng rangup dan paprik ayam. Seperti kebiasaan, saya akan memasak agak pedas. Namun, malam tadi kepedasan dikurangkan akibat rungutan adik bongsu yang tidak tahan pedas pada masakan-masakan saya sebelum ini (kasihan adik..hehe).

Sememangnya saya gemar memasak. Sentiasa mencuba masakan yang baru. Jika keluangan masa, tangan ini gemar membuat klik ke laman web yang selalu saya kunjungi untuk mendapatkan resipi-resipi daripada akak dan makcik di seluruh pelosok Malaysia yang tidak lokek resipi. Antara laman web yang selalu menjadi rujukan ialah myresipi dan mesra.net.

Bagi golongan lelaki, masih terdapat firasat bahawa tugas memasak adalah hanya tugas para wanita ataupun isteri. Adakah anda setuju? Berdasarkan pendapat saya, firasat sebegini haruslah ditolak jauh kerana kini bidang masakan juga melibatkan kaum lelaki. Malahan, kaum lelaki lebih ramai yang menjadi chef-chef di restoran. Ini adalah sebagaimana tulisan saya sebelum ini. Di samping itu, apabila lelaki memasak, terdapat satu hikmah yang tersembunyi sebenarnya. Iaitu ia akan membuatkan para suami memahami hati dan menghargai pengorbanan seorang isteri.

Contohnya kepenatan dan pengorbanan sang isteri di dapur memasak untuk suami tersayang dan anak-anak akan terasa dihargai apabila suami dan seisi keluarga menikmati lauk masakan isteri dengan berselera sambil memuji ikhlas kesedapannya. Hati isteri mana yang tidak gembira apabila melihat suami dan anak-anak sebegini. Oleh demikian, isteri akan lebih bersemangat untuk memasak dengan masakan yang lebih lazat dan sedap pada hari berikutnya. Tetapi apakah pula perasaan sang isteri apabila segala makanan yang terhidang tidak dijamu oleh suami atas alasan yang tidak munasabah? Sudah pastinya, perasaan seorang isteri hiba dan sedih kerana segala penat lelah di dapur tidak dihargai.

Maka, lelaki yang bakal menjadi suami atau yang sudah pun berkahwin haruslah membuang segala ego dengan meringankan tulang membantu isteri atau bakal isteri di dapur dan sekali-sekala memberi cuti kepada yang tersayang dengan menggantikan tugasnya di dapur. Pastinya, kasih sayang isteri kepada suaminya akan bertambah dan seterusnya mengukuhkan lagi ikatan sesebuah perkahwinan.

Cepu emasBerdasarkan pemerhatian, ramai mengatakan masakan daripada tangan lelaki lebih sedap daripada wanita. Adakah benar? Kongsikan pendapat anda ya..

Advertisements

5 thoughts on “Fahami wanita..

  1. wahh..xsangka abg om suka memasak..hehee
    persediaan tuk jdi suami mithali la ni kan..huhuu..bgs2..
    skang ni ramai dh tukang msk laki..
    bidang mskan ni cam dh jdi universal..x hnya didominasi oleh golongan p’puan..laki pon hebat gak bab2 memasak ni..
    Rsenye mskan dri tgn wanita lbh sedap cz wanita ni dia lbh memahami tntg mskan n tlh mnjadi rutin diorg tuk mnyediakn mskn terutamanya dlm kalangan suri rmh..
    lelaki pon hebat gak tapi aura masakn p’puan tu lbh mnyerlah dri sglanya..cthnya mak saya..hehee…(^_^)

  2. hehee..thanks atas pandangan apiz. abg pn setuju jgk kalau aura masakan ibu. tiada sesiapa mampun menandingi masakan ibu kan. hehee.. anyway, apiz pn kena rajin masak jugak tau. Baru isteri hafiz nnt makin saayang kt apiz. Hehee..

  3. saya – suami siapa ek.? hehe.

    amy – terima kasih. sememangnya lelaki harus
    mempunyai ilmu dalam bidang masakan.
    Oleh demikian, lelaki bisa memahami isi
    hati para wanita..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s