Kantin contoh..

Menarik dan bersih

Menarik dan bersih

Beberapa ketika yang lalu, terpampang mengenai kes-kes keracunan makanan di sekolah di dada akhbar dan di kaca televisyen. Kejadian ini disebabkan pengabaian dari segi kebersihan dan kualiti makanan oleh pengusaha kantin sekolah. Ia menyebabkan para pelajar mengalami masalah kesihatan seperti pening, muntah-muntah dan cirit birit. Akibatnya, segerombolan pelajar ini dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Ini serba ringkas kejadian keracunan makanan yang berlaku pada sebelum ini.

Namun begitu, apa yang saya ingin nukilkan di halaman ini ialah mengenai sebuah kantin sekolah yang melakukan inovasi positif dalam menyediakan kantin yang bersih dan menarik. Kantin yang dimaksudkan ialah kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Maahad Hamidiah, Sungai Ramal Luar, Kajang Selangor. Kebiasaan, kantin sekolah menawarkan meja panjang dan bangku tetapi suasana ini amat berbeza di sekolah disebutkan tadi. Ini adalah kerana pengusaha kantinnya yang mengamalkan konsep cafeteria sebagaimana yang terdapat di institusi pengajian tinggi.

Kemas dan teratur

Kemas dan teratur

Sehubungan ini, kantin tersebut dapat diuruskan secara baik dari segi kualiti makanannya serta kebersihan di tahap yang memuaskan. Di samping itu, ia dipisahkan oleh lorong khas untuk pelajar lelaki dan perempuan. Keadaan ini sudah pastinya akan memberikan pandangan yang sihat kerana lelaki dan perempuan diasingkan dalam mendapatkan hidangan. Berbanding pengalaman saya semasa praktikum apabila pelajar lelaki dan perempuan berebut-rebut di tempat yang sama. Malah keadaan ini saya rasakan turut berlaku di kantin sekolah yang lain.

Sekalung tahniah dan penghargaan harus diberikan kepada pengusaha kantin ini kerana menerapkan paradigma baru dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada warga sekolah berkenaan. Kepada pengusaha kantin sekolah yang lain, gaya dan pelaksanaan seperti ini haruslah dijadikan sebagai panduan dan contoh terbaik dalam menawarkan perkhidmatan kantin yang terbaik.

Sumber : Kosmo! Online

One thought on “Kantin contoh..

  1. I really needed to share this specific article, “Kantin contoh.
    . Perspektif” with my personal good friends on facebook itself.

    I personallybasically sought to distributed ur fantastic writing!
    Thanks a lot, Numbers

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s