Guru nyaris diculik 10 lelaki

KUALA LUMPUR: Mencemaskan apabila seorang guru wanita nyaris menjadi mangsa culik sekumpulan 10 lelaki bermotosikal dipercayai Mat Rempit yang menyamunnya di tempat meletak kenderaan berhampiran Taman Bukit Mewah, Cheras di sini, semalam.
Menurut sumber, ketika kejadian kira-kira jam 2.25 pagi, mangsa yang berusia 20 tahun bersama dua rakan berjalan menuju keretanya untuk pulang ke rumah selepas minum di restoran berhampiran.

Katanya, mereka kemudian dihampiri sekumpulan penunggang motosikal lalu memukul mangsa dan rakan sebelum memasuki kereta.

“Seorang suspek cuba menarik beg tangan mangsa, namun cubaannya itu gagal sebelum lelaki terbabit bertindak agresif dengan menarik pula tangan guru itu.

“Wanita itu diseret hampir 10 meter oleh Mat Rempit terbabit sebelum berjaya melepaskan diri,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, dua rakan yang melihat kejadian itu membantu mangsa dengan menarik tangannya supaya dilepaskan suspek.

“Disebabkan dia tidak berjaya ditarik ke motosikal dipercayai untuk diculik, kumpulan Mar Rempit terbabit merampas beg tangan guru itu dan melarikan diri,” katanya.

Selepas insiden mencemaskan itu, guru berkenaan dan rakan menaiki kereta untuk pulang ke rumah.

Namun, mereka sekali lagi menghadapi saat mendebarkan apabila kumpulan Mat Rempit terbabit muncul ketika mangsa membuat pusingan U di jalan berkenaan.

Penjenayah terbabit dipercayai sengaja bersembunyi sambil menunggu kedatangan mangsa dalam usaha mereka meneruskan niat menyamun mereka.

“Kumpulan bermotosikal itu dipercayai tidak puas hati terhadap mangsa dan mengepung keretanya.

“Rakan mangsa yang memandu kenderaan itu melanggar dua motosikal suspek sebelum semua penyangak terbabit beredar dari tempat kejadian,” katanya.

Difahamkan, mangsa lebam di leher, tangan kiri serta kedua-dua lutut akibat bergelut dengan penyerangnya manakala dua rakan luka kecil di tapak tangan.

Guru berkenaan sudah membuat laporan polis.

Harian Metro Online

MesejabdulApa nak jadi dengan masa sekarang ini. Sudah tidak selamat untuk menduduki negara sendiri. Di mana-mana keselamatan nyawa boleh terancam. Kadang-kadang diriku terfikir alangkah baik jika hidup di luar negara sahaja. Ini adalah kerana sesama bangsa sendiri itulah yang tergamak menindas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hajat jahatnya. Aku malu dengan bangsa sendiri. Wahai para wanita, berjaga-jagalah dan sentiasa berhati-hati ketika berada di luar. Cegah sebelum terjadi..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s