Ulasan: Biografi Muhammad bin Abdullah

Setelah sebulan berlalu, maka selesai sudah pembacaan saya mengenai buku bertajuk sebagaimana tertera di atas. Ternyata penulisan Zulkifli Mohd.Yusoff dan Nor Naemah Abd.Rahman begitu berkesan kerana ia ditulis menggunakan pendekatan moden dengan gaya bercerita yang santai dan bahasa yang mudah difahami. Setiap peristiwa dilakarkan secara terperinci dan seimbang supaya pembaca dapat menghayati dan menyelami kehidupan seorang individu yang berterusan mempengaruhi sejarah Baginda saw dengan lebih berkesan.

Buku ini mengandungi 14 bab yang berkisar mengenai sejarah dan perjalanan hidup nabi terakhir dari sebelum lahir sehingga akhir hayat. Ia merangkumi kisah suka duka, cabaran dan rintangan yang dilalui sepanjang perjuangannya menyampaikan kebenaran. Ia bermula dengan peristiwa pembukaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sehingga kepada kisah salasilah keturunan Baginda saw. Dalam peristiwa kelahiran Nabi Muhammad saw, penulis memuatkan satu kisah di mana pada masa itu Iwan Kisra (istana Raja Farsi) kerajaan yang paling besar masa itu mengalami gegaran yang dasyhat sehingga meruntuhkan 14 anjung istana dan api yang disembah oleh Majusi sejak beribu-ribu tahun yang tidak pernah padam selama itu akhirnya terpadam. Gegaran itu juga menyebabkan Tasik Sawwah berdekatan dengan istana Raja Parsi tertimbus. Ini merupakan serba sedikit peristiwa yang berlaku ketika kelahiran Baginda saw.

Sebelum menerima wahyu, keperibadian Nabi Muhammad saw sediakala terpelihara oleh Allah swt. Sejak baginda saw berumur 8-21 tahun, baginda mengembala kambing. Para ulama mencungkil kelebihan-kelebihan mengembala kambing iaitu dengannya, ia akan bersendirian. Orang yang selalu bersendirian mempunyai masa berfikir, meneliti dan melihat kebesaran Tuhan di langit, matahari, bulan dan bintang serta alam sekelilingnya. Begitu juga dapat menilai dirinya. Di samping itu, suatu ketika Muhammad teringin menghadiri majlis nyanyian dan tarian iaitu adat kebiasaan masyarakat Quraisy. Tetapi, beliau akan tertidur sebaik sahaja duduk dalam majlis tersebut sehingga berkali-kali kejadian yang sama berlaku. Pernah suatu ketika, suku Hawazin menyerang Mekah. Muhammad membantu bapa-bapa saudaranya menyiapkan panah. Sehubungan itu, Muhammad dapat belajar strategi peperangan dengan lebih dekat.

Seterusnya di dalam buku ini juga memuatkan bagaimana kejadian Muhammad menerima wahyu daripada malaikat Jibril di Gua Hira’ iaitu pada malam 27 Ramadhan. Dengan ini, bermulalah perjuangan baginda menyampaikan dan menyebarkan ajaran Islam di mana pada awal perjuangan, begitu hebat tentangan dan dugaan yang dihadapi oleh Muhammad. Namun berkat kesabaran dan kebijaksanaan baginda, akhirnya Islam diterima oleh para kaum kafir Quraisy. Kalau Nabi Musa terkenal dengan tongkat sakti untuk berhadapan dengan Firaun, tetapi dalam perjuangan Muhammad, baginda membawa kelebihan bahasa al-Quran dalam bahasa yang sangat indah dan luar biasa kepada bangsa Arab. Ini adalah kerana pada zaman Baginda saw, bahasa menjadi kebanggaan masyarakat Arab pada masa itu melalui syair-syair yang mengagumkan.

Dalam bab-bab seterusnya menceritakan perjuangan dan keberanian Muhammad bersama dengan para sahabat serta umat Islam menyertai peperangan-peperangan untuk menyebarkan dan memperluaskan pengaruh Islam di Tanah Arab pada masa tersebut. Peperangan yang menarik bagi penulis ialah Perang Badar kerana buat pertama kalinya para malaikat turun membantu pejuang Islam dalam menewaskan musuh Islam. Dalam peperangan ini, tentera Islam hanya dianggotai seramai 313 orang sahaja berbanding tentera Quraisy yang terdiri seramai 1000 orang. Turunnya Jibril di atas kuda putih mengetuai malaikat lain bagi memberikan kemenangan kepada tentera Islam. Setiap peperangan yang dilalui oleh tentera Islam menceritakan pelbagai kisah keberanian dan semangat jihad yang terdapat di kalangan sahabat dan pengikut Muhammad.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Bab yang terakhir mengisahkan kewafatan Nabi Muhammad saw. Ia turut menyelitkan khutbah wada’ (perpisahan) iaitu khutbah terakhir Baginda saw. Dalam khutbah ini, Muhammad menyampaikan amanat dan wasiat terakhir untuk umatnya. Antara salah satu wasiat baginda saw ialah, perbezaan antara kita dengan mereka yang bukan Islam ialah sembahyang.

Alhamdulilah, atas perjuangan Baginda saw ini, kita sebagai umat Islam harus bersyukur kerana kita sekarang berada di landasan yang sebenar untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s