Lindungi lah..

Sudah 6 hari syawal berlalu, raya pada tahun ini disambut dengan sederhana. Dari hari raya pertama hingga semalam, ramai saudara dan sahabat handai kepada keluarga yang bertandang ke rumah bagi mengeratkan lagi tali silaturahim sekaligus memeriahkan suasana raya. Pelbagai kuih muih dihidangkan untuk santapan para tetamu dan tidak ketinggalan makanan tradisi raya iaitu lemang, ketupat dan kelupis(disediakan raya pertama hingga ke-2)

Namun, pada hari raya ke-3, semua ahli keluarga beraya ke kampung ayah di Kampung Maludam, Betong. Kepulangan kali ini memperlihatkan bahawa kampung ayah kini telah digazetkan sebagai Hutan Simpan Maludam kerana hutannya menyimpan khazanah yang begitu berharga sehingga ia dijadikan hutang simpan angkat kepada kerajaan Belanda atau Netherlands. Ia disebabkan hutannya menjadi habitat kepada satu spesies monyet yang lebih dikenali Bekantan (Bahasa indonesia) ataupun “Monyet Belanda” (Bahasa Melayu). Nama saintifiknya pula Nasalis larvatus. Menurut satu laman web, habitat aslinya adalah di hutan pedalaman Kalimantan.

Bekantan merupakan monyet pemalu, dia akan menjauh apabila berhadapan dengan manusia sungguhpun dihulurkan makanan. Tambahan lagi, haiwan ini merupakan haiwan sosial. Ia hidup berkelompok berjumlah 3-10 ekor. Monyet ini biasanya keluar pada pagi hari saat mencari makanan dan waktu senja ketika hari ingin menginjak malam. Habitat monyet ini telah menarik kehadiran para pelancong dari luar negara untuk melihatnya secara lebih dekat. Ini telah menjadi satu faktor pemangkin ekonomi yang sihat kepada masyarakat kampung terbabit.

Walau bagaimanapun, apa yang dikesalkan ialah tindakan satu badan yang tidak bertanggungjawab yang membuka dan mengeksploitasi berpuluh hektar tanah hutan untuk projek penanaman kelapa sawit skala besar. Walaupun projek ini dilaksanakan dalam lingkungan 15-20km dari kampung terbabit, namun dalam jangka masa panjang ia boleh menjejaskan habitat monyet ini pada masa kelak. Diketahui, haiwan mempunyai satu deria dalaman yang amat kuat berbanding manusia. Bila tiba masanya, haiwan ini akan berpindah ke tempat lain mencari habitat baru akibat ancaman yang telah berlaku. Dimaklumkan oleh penduduk kampung terbabit, kini monyet tersebut sudah agak sukar untuk dijumpai di tempat kebiasaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kehadiran monyet ini amat penting dalam ekosistem hutan. Sehubungan itu, pihak yang berwajib haruslah lebih peka dalam meluluskan sesuatu pelan projek yang bisa mengancam haiwan di muka bumi ini. Tindakan tegas mesti dibuat bagi membendung kejadian tidak diingini sekaligus memelihara hutan di Malaysia iaitu hutan yang paling tua di dunia untuk dinikmati oleh generasi akan datang..

Advertisements

2 thoughts on “Lindungi lah..

  1. aku sokong 10000000%.manusia sekarang makin kejam.lebih pentingkan pembangunan daripada mengekalkan persekitaran.pihak yang tidak bertanggungjawab tu tak pikir yang bumi ni hak milik bersama antara manusia dan makhluk yang lain.aku harap kau dapat paparkan lagi post mcm ni..

  2. itulah yang berlaku apabila ketamakan untuk mengejar keuntungan duniawi.. Thanks atas sokongan saudara. InsyaAllah, akan diusahakan post yang lagi menarik..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s