Raya ke-4

Semalam, saya bersama-sama dengan ahli keluarga telah berkunjung raya ke rumah pakcik dan makcik di Sibu, Sarawak. Yang lain lengkap berpakaian baju melayu dan baju kurung. Kecuali diri saya sahaja yang lebih selesa memakai tshirt dan jeans :p

Mengambil kesempatan ini, penulis mengajak ayahanda ke bookstore Popular di Delta Mall. Saya begitu kepingin untuk mendapatkan sebuah buah novel tulisan Kang Abik “Ketika Cinta Bertasbih vol.1”. Namun begitu,  berasa hampa kerana sudah kehabisan stok. Sebagai mengubat kekecewaan, saya membeli satu buku yang saya juga tertarik untuk mendapatkannya iaitu  “Solat khusyuk, Solat S.M.A.R.T” karya saudara M.Siddiq Mustika. InsyaAllah, agar pembelian buku ini membuatkan saya berasa lebih tenang dan khusyuk melaksanakan ibadah kepada-Nya.

Selain itu, saya juga membeli sebuah buku lagi iaitu “Kaya dengan Rumah”. Penulisnya ialah Shamsuddin Abdul Kadir yang sebelum ini telah menghasilkan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tapi Kaya. Bagi saya yang bakal dipostingkan tidak lama lagi, saya ingin mengetahui ilmu dan petua untuk membeli rumah sendiri.. Sehubungan itu, rasmilah sudah duit raya saya dengan dua buku ini. Hehe..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s