Freedom Writers

Lakonan Hilary Swank

Lakonan Hilary Swank

Sebentar tadi, selepas bersahur sementara menunggu untuk menunaikan solat fardhu subuh, aku sempat melihat satu rancangan yang menarik di channel411 astro. Tajuk filemnya adalah “FREEDOM WRITERS”. Ia diinspirasi melalui satu kisah sebenar yang berlaku dan daripada diari seorang remaja Long Beach, California selepas era rusuhan di Los Angeles di mana berlakunya ketegangan kaum yang amat dashyat.

Kisahnya bermula apabila kehadiran seorang guru baru wanita yang dikenali sebagai Erin Gruwell yang dilakonkan oleh Hilary Swank yang terpaksa berhadapan sekumpulan pelajar terdiri daripada puak kulit hitam, latin dan asian yang membencinya sebagai wanita kulit putih melebihi permusuhan antara kaum di antara kumpulan tadi. Apabila Erin mula mendengar masalah pelajarnya dengan cara yang tersendiri, beliau mula memahaminya.

Sesungguhnya, Erin merasakan pelajarnya tidak bersalah dalam apa yang telah berlaku tetapi beliau percaya para remaja ini terpaksa mengharunginya kerana masalah perkauman ini sudah berakar umbi sejak mereka belum dilahirkan lagi. Erin memberikan sesuatu kepada mereka di mana tiada seorang guru pun yang melakukannya sebelum ini iaitu dengan memberikan “penghormatan”.

Buat pertama kalinya, melalui pengalaman dan harapan remaja ini, mereka harus menunjukkan kepada dunia masalah kehidupan mereka dengan bertindak melalui medium yang betul. Asyiknya, apa yang dilakukan oleh Erin ialah dengan memberikan peluang kepada pelajarnya meluahkan apa masalah mereka dalam sebuah diari harian. Diari ini akan disemak dan hanya akan dilihat oleh beliau dengan kebenaran pelajarnya. Ternyata, langkah ini amat berkesan sehingga menimbulkan perasaan hormat di kalangan pelajarnya yang sebelum ini sukar untuk mereka merasainya.

Apa yang membuatkan diriku terkesan akan filem ini ialah kesabaran dan kecekalan Erin menghadapi pelajar sebegini. Walaupun pada mulanya, beliau merasa tertekan kerana terpaksa menghadapi para pelajar yang tidak menghormati dan agak kurang ajar di dalam kelas. Namun berkat kesabaran dan cuba sedaya upaya untuk mengatasi masalah pelajarnya, maka ia memberikan kejayaan yang manis kepada beliau.

Sesungguhnya, sebagai seorang guru, filem ini wajib ditonton kerana ia boleh memberikan motivasi bagi menangani dan memahami masalah pelajar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s