Pendidikan di Pedalaman..

Bermula keluaran Julai 2009, editor Dewan Masyarakat telah menyisipkan artikel yang penting berkaitan dunia pendidikan di pedalaman Malaysia. Dari bulan tersebut hingga keluaran yang terkini (September), majalah tersebut menyiarkan kisah Timbalan Menteri Pelajaran, Dato’ Razali Ismail menyelami pengorbanan para guru yang ditugaskan ke pedalaman Sabah dan Sarawak.

Dari Sabah ke Sarawak, beliau melawat dan melihat persekitaran suasana sekolah di pedalaman. Ini merupakan satu langkah yang baik daripada seorang YB (Yang Berhormat) untuk memahami perasaan seseorang guru yang ditugaskan di sini. Dengan melalui jalan berbatu kerikil sehingga menongkah arus deras dan mengharungi jeram berjam-jam lamanya, kehadiran beliau memberi kesan yang besar kepada apa yang telah ditetapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan iaitu merapatkan jurang pendidikan sekolah luar bandar.

Tidak dinafikan, pembangunan di kawasan pedalaman kadarnya adalah rendah. Kedudukannya yang jauh dan sukar untuk diharungi menyebabkan kos untuk menyediakan infrastruktur adalah tinggi. Sehubungan itu, kerajaan pusat haruslah menyediakan peruntukkan khusus bagi menghubungkan sesuatu kawasan pedalaman. Kini Malaysia sudah pun menikmati kemerdekaan selama 51 tahun, sukar untuk diterima masih terdapat kawasan yang ketinggalan dari arus kemodenan di Malaysia ini. Sepatutnya, Malaysia sudah mampu menyediakan segala prasarana yang mencukupi untuk rakyat keseluruhannya. Tiada lagi masalah keciciran kanak-kanak dari sistem pendidikan negara. Jurang pendidikan juga sudah semestinya menjadi kecil atau hapus sama sekali.

Sesungguhnya, kerajaan haruslah menangguhkan pembinaan projek mega yang memakan belanja berbillion ringgit bermula dari sekarang. Sebaliknya ia dibelanjakan untuk menyediakan prasarana dan kemudahan di kawasan pedalaman secara komprehensif. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati hidup yang selesa dan lengkap.

Semoga keprihatinan Dato’ Razali menjadi contoh kepada pemimpin lain dalam menyelami masalah rakyat di bawah..

Advertisements

12 thoughts on “Pendidikan di Pedalaman..

  1. Pingback: Timbalan Menteri Pelajaran Meninggal Dunia « Perspektif

  2. cik Haya – Tahniah atas perkhidmatan yang bakal cik laksanakan. Semoga cik dapat berkhidmat dengan cemerlang bagi melahirkan pelajar berketrampilan dan berjasa.

  3. Saya sanjung tinggi keberanain Allah yarham Tim Menteri pendidikan Dato Razali ismail yang berani mendedahkan kepincangan kerajaan 1malaysia yang teramat sangat selepas 50 tahun merdeka masih lagi ada keadaan terok begini seperti yang di papaparkan.Soalnya mana pergi duit peruntukan pembangunan yang di agihkan kepada setiap ahli parliment itu.Bayangkan betapa miskinnya 1malaysia hingga anak anak sekolah di pendalaman terpaksa meniti titian tali rentang macam ahli serkas Barnum bros.diatas sebatang sungai .

    Malu malu malu mazlu malu malu malu.

  4. Saya ingin memberitahu encik bahawa gambar yang encik paparkan telah mendapat perhatian dari Jabatan Perdana Menteri. Bulan Nov 2010, gambar ini dan beberapa gambar lain disiarkan di Facebook. Saya terasa amat sedih dan terharu apabila melihat gambar ini. Saya melaporkan hal ini ke PM via emel dan telah mendapat maklum balas dari Encik Zukri dari Jabatan berkenaan. Encik Zukri ingin mendapat lebih maklumat seperti lokasi / nama kampung untuk membuat sesuatu dengan secepat mungkin.

    Tetapi setelah saya membaca artikel encik bertajuk “Pendidikan di pendalaman” , saya ingin tahu samada hidup kanak kanak di kampung itu sudah berubah atau tidak ? Kalau tidak, saya minta agar encik dapat menghubungi Enick Zukri dengan maklumat tentang kampung itu.

    Kalau encik ingin bercakap dengan encik Zukri, saya akan beri nombor telepon beliau minggu depan. Your response is appreciated. Sekian, terima kasih

  5. Aiwei,

    Terima kasih atas kunjungan dan perhatian tuan kepada entri ini. Saya cukup menghargai berkenaan keinginan pihak tuan sehingga membawa perkara ini ke peringkat atasan. Sememangnya, itu adalah tujuan asal entri ini dibuat supaya sekolah di pedalaman mendapat kemudahan yang baik sebagaimana yang terdapat dalam salah satu teras PIPP yakni Merapatkan Jurang Pendidikan.

    Walau bagaimanapun, saya memohon maaf atas pertanyaan pihak tuan kerana saya tidak mampu menjawabnya. Ini adalah disebabkan foto-foto yang ada bukan hak milik saya sebaliknya ia diambil daripada satu forum yang saya sendiri sudah tidak mengingati lamannya. Namun, apa yang saya masih ingat adalah gambar pertama diambil di salah satu daerah Sabah menurut pemilik gambarnya. Manakala gambar kedua adalah situasi yang berlaku di Sarawak.

    Sayugianya, saya mohon kemaafan kerana tidak dapat memberikan jawapan sebagaimana yang pihak tuan hajati. Tetapi, saya bersyukur jika perkara ini sudah sampai ke peringkat kementerian untuk diambil tindakan selanjutnya.

  6. Thank you for responding. Jabatan berkenaan tidak dapat mengambil tindakan selanjutnya selagi tiada informasi tentang lokasi itu.

    Walau bagaimanapun saya akan menulis kepada “Insight Sabah” untuk perhatian mereka. Harap2 mereka akan memyiasat dan memberi maklumat kepada saya / Encik Zukri

    Thank you for your co-operation.

  7. encik…. saya nak gunakan gambar budak-budak bejalan kat atas titi tu untuk dilukis sebagai hasil karya catan untuk menunjukkan betapa perihnya masyarakat luar bandar menimba ilmu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s