Nilai sehelai tudung..

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai artikel Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blognya (Malaysia Today). Kenyataan yang dibuat oleh RPK ini telah menyebabkan beliau ditahan di bawah ISA pada masa kini.

Kontroversi ini telah mengingatkan diriku kepada tahap penjagaan aurat wanita muslim di Malaysia sekarang. Jika anda berada di luar sana memahami apa yang ingin disampaikan ini, sudah pasti anda juga dapat melihat dan mengakui suasana ini. Apa yang dimaksudkan di ruangan ini adalah mengenai trend pemakaian tudung di kalangan wanita Muslim kini yang seolah-olah dikesampingkan tujuan sebenar tudung itu dipakai.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Di celah-celah manusia yang ramai, akan kelihatan para wanita muslim terutamanya para gadis-gadis memakai tudung tetapi tidak sempurna iaitu masih menampakkan bentuk badan dengan pemakaian tshirt dan seluar jeans yang “sangat” ketat sehingga menampakkan yang tersirat jika tidak kena gayanya. Tambahan lagi, ada sehingga terdedah apa yang tak patut didedahkan. Yang pasti kaum lelaki ada yang tercegat melihat keadaan ini jika tidak kuat imannya.. Ada juga sesetengah daripadanya memakai tudung untuk meninggikan diri. Menunjukkan tudungnya adalah up-to-date, sofistikated dan bergaya berbanding wanita lain. Ini mencetuskan kurangnya rasa kehambaan kepada-Nya.

Wahai para wanita berkenaan..bangun dan sedarilah bahawa pemikiran dan amalan sebegini haruslah dikikis daripada kehidupan. Alangkah indahnya kalau bertudung dan menutup aurat sebagaimana apa yang telah disyariatkan oleh agama. “Islam is really beautiful”..Molek pemakaiannya maka cantiklah keperibadiannya.

Advertisements

5 thoughts on “Nilai sehelai tudung..

  1. sy stuju sgt..
    mmg xmolek wanita islam mcm2…
    pki tdung xikhlas…
    pki tdung tp xjge hal2 yg lain…
    pki tdung tp xde pengisian dalam hati…

  2. insyaAllahh.. dgn ade nye golongan mcm die tak mustahil mereka boleh berubah. t’msuk diri saya sndr 🙂

  3. sebenar nye….
    yun nak tau……..
    tudung it2 digunakan sebagai ape??????
    yun selalu tgk busana kat tv9…
    kebanyakkan pereka2 muslim di negara kita
    x berani menonjol kan rekaan jubah….
    baju kurung…
    dan terutamanya sekali tudung

  4. saya – amin..

    yun – Sememangnya aurat wanita meliputi keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan. Maksudnya, bahagian kepala wanita WAJIB untuk ditutup daripada pandangan yang bukan muhrimnya. Maka, tudung itu wajib untuk dipakai dengan memenuhi syaratnya. Namun begitu, kini terdapat segelintir wanita memakai tudung tapi masih tidak berlandaskan syariat yang ditetapkan. Kecelaruan etika berpakaian sebegitu telah merosakkan nilai tudung tersebut. Dalam masa yang sama, pereka-pereka busana muslimah di negara ini perlu mementingkan rekaan yang mengikuti apa digariskan dalam Islam. Jangan hanya mementingkan reka fesyen menarik sehingga melanggar suruhan-Nya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s