Kenangan Berpuasa

Hari ini hari pertama berpuasa. Setelah sekian lama berpuasa di bumi seberang, kini kembali menyambut Ramadhan di tanah kelahiran lagi. Sebentar tadi bertandang ke bazar Ramadhan Sarikei. Begitu ramai insan bergelar manusia membeli juadah berbuka. Tak kira agama dan bangsa. Inilah indahnya kehidupan di Malaysia yang sukar untuk dilihat di negara lain yang mana penduduknya yang berbilang kaum boleh hidup dengan sentosa.

Sekarang ada dalam lingkungan 15minit lagi untuk menandakan azan maghrib berkumandang menandakan waktu berbuka. Teringat pula berpuasa di perantauan ketika menuntut di Tanjong Malim beberapa tahun sebelum ini. Kebiasaannya, bazarnya diadakan di hadapan masjid jamek Tg.Malim. Jika diamati, rata-rata pengunjung yang paling ramai adalah student2 dari UPSI. Kewujudan universiti ini ternyata mengubah bentuk demografi masyarakat Tg.Malim. Kehadiran pelajar-pelajar yang menuntut ilmu telah membawa banyak rezeki kepada para peniaga di sana. Ini memperlihatkan kerancakan ekonomi setempat berlaku.

Kembali kepada cerita bazar di Tg.Malim tadi. Kalau ke bazar Ramadhan di Tg.Malim adalah amat rugi jika tidak mencuba beberapa gerai yang menjual menu yang menarik dan sedap serta mendapat sambutan hangat dari awal puasa hingga penghujungnya. Di sini, gerai yang menjual “Nasi Lemak Ayam Berempah” adalah satu gerai yang paling ramai pelanggannya. Kalau lewat datang, kempunan la nak merasa keenakan nasi lemak di gerai ini (Hehee..). Selain itu, satu lagi gerai ialah menjual “karipap sambal”. Gerai ini menjual beraneka kuih muih tapi yang karipap yang satu ni adalah karipap yang paling sedap seumur hidup. Setiap kali berpuasa, tidak akan “missed” membelinya. Mengikut pandangan rakan-rakan, di Kuala Lumpur pun tiada yang menjual karipap sebegini. Mungkin di sini lah terletaknya keunikan bazar ramadhan Tg.Mlm….

A’ah..dah dekat berbuka ni. Kemudian sambung lagi la yek. Selamat Berbuka Puasa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s