Arkib Label: sukan

Strategi Bisnes Man Utd

11 Okt

Bukan Sekadar Bola. Ini Cerita Bisnes.

Sudah pasti ramai yang tidak asing lagi dengan raja bola sepak Britain yakni kelab Manchester United (MU). Pelbagai peringkat umur tidak kira kanak-kanak sehingga warga dewasa begitu fanatik dengan pasukan ini. Sebut sahaja beberapa bintang kelab tersebut pasti ramai yang mengenali mereka seperti Wayne Rooney, Ryan Giggs, Van der Sar dan ramai lagi.

Dalam masa yang sama, kita juga mengetahui  MU yang adalah pasukan yang kaya sehingga dapat bertahan sebagai kelab terbaik di dunia. Setiap akhir musim, mereka berkemampuan untuk membeli beberapa bintang bola sepak yang cukup gah namanya. Malahan, mereka juga mempunyai kepakaran untuk membeli pemain-pemain muda yang berpotensi besar untuk menjadi jaguh bola sepak pada masa hadapan. Lihat sahaja Cristiano Ronaldo, Nani, Ruud van Nistelrooy yang mencipta nama ketika berjuang bersama MU. Tambahan lagi, mereka juga tidak kekeringan dengan pemain remaja yang dilatih dengan kemudahan yang terbaik di akademi mereka sehingga memberikan keuntungan kepada MU dalam jangka panjang. Misalnya, David Beckham, Paul Scholes, Gary Neville dan Macheda.

Situasi ini adalah beberapa contoh bagaimana MU meneruskan kelangsungan mereka sebagai jagoan bola sepak di peringkat Eropah malahan di dunia amnya. Di sebalik kejayaan MU dalam bola sepak, sebenarnya ia dipengaruhi oleh bidang pengurusan atau tulang belakang MU yang diurus dengan cukup menarik sekali.

Semua ini dapat anda baca melalui buah tangan Ashadi Zain dalam buku Strategi Bisnes Manchester United keluaran terbaru PTS Profesional. Di dalam buku ini bukan sahaja mengisahkan berkenaan sejarah awal kewujudan MU, tetapi ia dilengkapkan dengan fakta dan penjelasan yang cukup lengkap bagaimana pihak pengurusan MU menjalankan strategi yang cekap bagi meningkatkan jenama kelab bola sepak mereka di peringkat dunia.

Bagi peminat pasukan MU, mereka seharusnya mendapatkan buku ini untuk mengetahui dengan terperinci bagaimana kelab kesayangan mereka menjalankan bisnes sehingga kelab mereka menjadi pasukan yang paling bernilai di peringkat dunia dengan sumber kewangan yang kukuh serta sejarah stadium keramat Old Trafford yang dikenali sebagai Theatre of Dreams. Sebagai pengetahuan, melalui stadium ini sahaja MU bisa menjana kewangan selain fungsinya sebagai penjualan tiket. Banyak rahsia di sebalik stadium ini yang perlu diketahui bagaimana ia menjadi salah satu daripada strategi MU mencipta sumber pendapatan. (lagi…)

Siapakah Jaguh Eropah 2009

27 Mei

Malam ini sudah pasti peminat bola bersengkang mata untuk menonton siaran langsung Kejuaraan Liga Eropah yang membabitkan pertempuran dua gergasi agung dunia iaitu Manchester United menentang Barcelona.

Di bumi Rom, satu lagi sejarah bakaltercatat selaku juara Piala Eropah bagi perlawanan ini nanti. Restoran dan gerai-gerai makan sudah pasti dipenuhi oleh golongan ini pada lewat malam ini untuk menyokong pasukan masing-masing. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, agaknya isteri tidur bertemankan bantal jika si suami dalam kategori kaki tengok bola walaupun berkaki bangku. Sesungguhnya, perlawanan ini juga menjadi medan terakhir untuk liga-liga Eropah pada tahun 2009. Kini, kebanyakan liga Eropah sudah menutup tirai kejohanan minggu lalu.

Begitulah hebatnya penangan bola sepak Eropah kepada rakyat Malaysia. Setiap orang memiliki pasukan kegemaran tersendiri. Keadaan ini membuktikan bahawa liga luar Malaysia mempunyai pengaruh yang cukup besar. Kejayaan pemasaran liga mereka nyata memikat peminat bola di seluruh dunia. Berbanding dengan liga tempatan negara kita yang kaku dan dingin sekali. Sekarang, sudah ramai yang tidak mengenali pemain-pemain tempatan kerana sudah dihiburkan dengan aksi bintang luar yang lebih pantas dan mengamalkan permainan yang tersusun serta rancak.

Seharusnya, mutu Liga Malaysia perlu dipertingkatkan lagi. Sistem pemasaran mesti dilaksanakan dengan lebih berkesan untuk menarik lebih ramai syarikat membuat penajaan. Mutu padang di setiap padang perlu diperbaiki dan lebih bagus jika menggunakan rumput sintetik. Penggunaan rumput moden sebegini akan menjanjikan bola bergerak lebih pantas di atas padang sehingga menguji keupayaan sebenar pemain mengawal bola.

Lihat sahaja Liga Jepun bagaimana kelab-kelab yang ada sudah kelihatan sepertimana kelab-kelab di Eropah dari segi kemudahan, mutu padang, corak permainan dan jersi pasukan yang mempunyai identiti tersendiri walaupun berlainan penaja setiap tahun. Sepatutnya Liga Jepun menjadi contoh paling dekat untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak negara.

Ingin juga melihat kemeriahan Liga Malaysia sebagaimana Eropah.

Mengimbau kenangan bola sepak negara..

9 Dis

Di mana harus saya mulai. Jemu dan bosan. Semalam skuad bola sepak negara sekali lagi ditewaskan oleh pasukan Vietnam. Kali ini jurulatih B. Sathianathan mempersalahkan penjaga gol Mohd. Helmi kerana melakukan kesilapan mudah memberikan kemenangan kepada pasukan lawan. (lagi…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.