Arkib Label: pelajar

UPSR: Penantian penuh debaran

12 Nov

Mulai esok, 13 November 2008, keputusan UPSR akan diumumkan. Sudah pasti pelajar tidak sabar ingin mengetahui keputusan yang bakal mereka perolehi setelah berhempas pulas menuntut ilmu untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan dan membanggakan.

Yang pasti, kebanyakan para ibu sudah semestinya tidak nyenyak tidur di malam hari berdebar-debar menunggu keputusan yang diperolehi oleh anak mereka. Ini berlaku kepada mak saya yang sememangnya tidak tidur lena setiap kali keputusan peperiksaan awam anak-anaknya diumumkan bila tiba waktunya. Para guru pula mesti ada yang gelisah untuk mengetahui prestasi pelajar-pelajarnya. Memikirkan adakah segala usaha dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini membuahkan hasil yang berbaloi.

Keputusan UPSR kali ini juga akan menjadi kayu pengukur kepada pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) selama ini. Hasil daripada keputusan ini, Kementerian Pelajaran akan menilai dan mengkaji semula dasar yang telah dibentuk adakah ia perlu diteruskan atau dihentikan dengan segera. Pada penghujung tahun ini, rakyat akan dapat mendengar dan mengetahui keputusan status PPSMI dalam pendidikan negara.

Mengambil peluang ini, tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Semoga kejayaan yang diperolehi menjadi pencetus semangat untuk lebih berjaya di masa hadapan. Kepada yang kurang bernasib baik, jangan berasa kecewa. Percayalah, peluang untuk menikmati kejayaan sentiasa terhidang di hadapan. Yang penting, pergiatkan usaha dan sematkan keazaman dalam diri dalam menongkah arus kehidupan dengan lebih gemilang.

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)

12 Okt

Kepada semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR bermula besok, semoga dapat menjawap peperiksaan dengan tenang dan dalam keadaan bersedia sepenuhnya. Pelajar sekalian juga harus sentiasa berdoa kepada-Nya agar memberikan kejayaan yang manis dan bermakna atas usaha selama ini dalam menuntut ilmu pengetahuan. Gud Luck guys.!

Freedom Writers

26 Sep
Lakonan Hilary Swank

Lakonan Hilary Swank

Sebentar tadi, selepas bersahur sementara menunggu untuk menunaikan solat fardhu subuh, aku sempat melihat satu rancangan yang menarik di channel411 astro. Tajuk filemnya adalah “FREEDOM WRITERS”. Ia diinspirasi melalui satu kisah sebenar yang berlaku dan daripada diari seorang remaja Long Beach, California selepas era rusuhan di Los Angeles di mana berlakunya ketegangan kaum yang amat dashyat.

Kisahnya bermula apabila kehadiran seorang guru baru wanita yang dikenali sebagai Erin Gruwell yang dilakonkan oleh Hilary Swank yang terpaksa berhadapan sekumpulan pelajar terdiri daripada puak kulit hitam, latin dan asian yang membencinya sebagai wanita kulit putih melebihi permusuhan antara kaum di antara kumpulan tadi. Apabila Erin mula mendengar masalah pelajarnya dengan cara yang tersendiri, beliau mula memahaminya.

(lagi…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.