Di mana harus saya mulai. Jemu dan bosan. Semalam skuad bola sepak negara sekali lagi ditewaskan oleh pasukan Vietnam. Kali ini jurulatih B. Sathianathan mempersalahkan penjaga gol Mohd. Helmi kerana melakukan kesilapan mudah memberikan kemenangan kepada pasukan lawan. (lagi…)
Akhirnya berjaya dikesan..
15 Nov
Kehadiran semula Ayah Pin yang sebelum ini cukup sinonim dengan ‘kerajaan langit’ telah mencetuskan perbezaan pendapat di antara pihak berkuasa dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Isunya ialah apabila JHEAT yang memberikan penjelasan ayah Pin tidak perlu ditangkap. Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Muhamad Ramli Nuh, pengasas ‘Kerajaan Langit’ itu tidak perlu ditahan kerana ajarannya sudah berjaya dilumpuhkan.
Apa yang pelik ialah sudah nyata ayah Pin yang suatu ketika dulu pernah memesongkan akidah pengikut ajarannya dibiarkan tanpa perlu diberikan pengajaran. Jika benar kegiatannya sudah berjaya dipatahkan, tetapi kenapa pihak berkuasa sukar untuk menjejaki ayah Pin sekian lama. Ini menunjukkan ayah Pin masih dilindungi oleh pengikutnya yang setia.
Saya masih ingat ketika heboh mengenai ajaran ayah Pin dulu. Pada masa itu, saya masih menuntut di universiti. Ada rakan-rakan yang membeli vcd ayah pin yang dijual secara cetak rompak dan melihat kisahnya secara beramai-ramai di komputer. Saat melihatnya, begitu ramai penganut ajaran yang terpesong itu. Dari Terengganu, ayah Pin bebas menyampaikan ajarannya sehingga dia menerima layanan bagaikan seorang menteri. Sambutan kompang dan tarian dipersembahkan kepadanya. Kelihatan orang Melayu, India dan Orang Asli begitu menyanjugi ayah Pin. Apa yang paling mengejutkan, ajaran ayah Pin tersebar sehingga ke Indonesia. Di sana, masyarakat kelihatan cukup mengenali dan mengagungkan kewibawaan ayah Pin selaku utusan ajarannya. Akhir sekali, sisipan video tersebut diakhiri dengan pemusnahan ‘kerajaan langit’ di Besut, Terengganu.
Namun, sehingga kini ayah Pin terlepas dan memerlukan satu jangka masa yang lama untuk pihak berkuasa mengesannya. Apabila berjaya dikesan dan ingin ditahan, ada pula pihak yang tidak mewajarkan tindakan tersebut. Pelik..pelik.. Tidak tahu apa nak jadi dengan negara Malaysia saya ini. Semakin hari, semakin pelik perkara yang berlaku dalam negara. Yang mungkar semakin dialu-alukan, yang makruf sering disalah erti dengan muncul pelbagai alasan dan fatwa.
Malaysia…malaysia…………
Perbandingan KL-UK
23 SepAssalamualaikum wbt,
Artikel ini penulis ambil dari satu laman web. Ceritanya dinukilkan pada 10 April 2005 oleh Dato Dr Ismail Ibrahim. Ia mengisahkan keadaan sebenar masyarakat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama Islam. Semoga kita dapat meluangkan masa membacanya dan kemudian berfikir sejenak….
- Gambar hiasan
Kehidupan malam KL dan UK
Oleh: DR. ISMAIL IBRAHIM
SEORANG ibu yang saya temui semasa menyertai satu program anjuran Jabatan Penuntut Malaysia London minggu lepas, menyatakan bahawa anak remajanya yang berada bersamanya di Manchester, tempat dia sedang menyiapkan tesis doktor falsafahnya, tidak pernah keluar rumah pada waktu malam semasa berada di sana. Tetapi ketika kembali ke Kuala Lumpur masa cuti baru-baru ini, anaknya itu boleh dikatakan setiap malam meminta kebenarannya untuk keluar malam. (lagi…)
Dunia masakan..
17 SepBagi sesiapa yang selalu melihat siaran astro channel103, sudah pastinya mengenali insan yang bernama Jamie Oliver. Rancangan The Naked Chef telah melonjakkan nama Jamie dalam bidang masakan sehingga dikenali di seluruh pelosok dunia. Sesungguhnya beliau seorang yang dilahirkan daripada keluarga yang mempunyai restoran sendiri.
Ketika berusia 11 tahun, beliau sudah pun membantu keluarganya di restoran di mana pada masa itu tugasnya adalah hanya menyediakan makanan berasaskan sayur-sayuran. Usia 16 tahun beliau telah belajar di Westminster Catering College, kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Perancis dan akhir sekali bertugas sebagai ketua chef pastri di The Neal Street Restaurant. Selepas itu, Jamie telah bekerja untuk Rose Gray dan Ruth Rogers di River Cafe untuk tiga tahun setengah lamanya. Di restoran inilah, bakat Jamie dikenalpasti oleh seorang prodesur yang kebetulan membikin filem di restoran tersebut. Saat mula berubah dalam kehidupan Jamie di mana produser tersebut menerbitkan satu program masakan yang kini dikenali cukup ramai “The Naked Chef” dan Jamie adalah chefnya. Dari detik ini, Jamie menjadi terkenal sehingga membolehkan beliau dianugerahi Beacon Fellowship Prize.
Apa yang penulis tertarik mengenai insan bernama Jamie Oliver ialah sumbangan beliau kepada masyarakat. Setelah menempah nama dan kejayaan dalam bidang masakan, beliau telah membuka satu yayasan dikenali Fifteen Project di mana para remaja yang gagal dalam kehidupan (penagih dadah, pencuri..) digalakkan untuk menyertai yayasan ini. Niatnya adalah untuk mengubah nasib golongan berkenaan dengan memberikan latihan yang cukup untuk menjadi chef yang terbaik dan menjadi insan yang sempurna di mata masyarakat. Buktinya ramai yang berjaya dalam kehidupan mereka. Contohnya,
Dwayne Working at Pizza Express
Kerryann Now has two children and is working at a supermarket cheque-out, but would like to get back into cooking
*Ralph Chef de partie at Spotted Pig, New York’s first gastropub
Johnny Has set up his own catering business in Australia*Tim Chef de partie at Moro restaurant, London
*Ben Chef de partie at Theo Randall, InterContinental, Mayfair, London
*Elisa Journalist on the Daily Express
*Warren sous chef at Hope & Anchor, a gastropub in Waterloo, southeast London
Keadaan ini rasanya masih lagi belum dilaksanakan di bumi Malaysia. Adakah chef-chef yang cukup dikenali di negara ini masih tidak mempunyai kesedaran betapa besarnya faedah boleh dinikmati hasil daripada projek sebegini. Kadar pengangguran sudah semestinya akan berkurangan. Ekonomi dalam industri pemakanan pula pasti melonjak naik dengan peningkatan restoran yang pelbagai. Masalah sosial di kalangan masyarakat yang kini semakin bernanah mungkin dapat dirawat dengan penyertaan golongan remaja dalam projek ini. Agaknya sudah tiba masa untuk para chef di Malaysia mencurahkan segala pengalaman dan kemahiran mereka kepada tenaga baru kerana yang pasti ini akan memberikan keuntungan kepada masyarakat dan negara.







Komen