Arkib Label: lelaki

Inilah realiti..

16 Nov

Assalamualaikum wbt,

Artikel ini saya perolehi dari halaman blog ini. Ia berkisar keadaan masyarakat Islam di Malaysia sekarang. Semoga apa yang bakal anda baca menjadi renungan dan teladan agar kita tidak leka dalam menjalankan urusan kehidupan sebagai seorang Muslim.

Surah Al-Jumu’ah (ayat 9)

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)

Sekarang sembahyang Jumaat waktu masuk awal , pukul 1 tengahari dah masuk waktu. Habis kerja pukul 12:45 tgh , isteri pun habis kerja lebih kurang waktu tu juga. Jadi tak sempatlah beli makan tengahari, lalu talipon isteri belikan makan tengahari. Kerana teringatkan kuliah Al Fadhil Ustaz Dato Haji Arshad Abd Samad Bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah Negeri Sembilan yang mengatakan haram bagi orang Islam lelaki yang baligh berjual beli tatkala azan Jumaat hinggalah selesai solat Jumaat.

Kita dengar , kita amalkanlah, mudah sahaja. Masuk waktu Jumaat untuk lelaki Islam janganlah membeli , janganlah menjual.

Lepas solat Jumaat , balik rumah dan makanlah , makanan yang dibeli isteri. Saya tanya isteri tadi beli nasi kat kedai Melayu/Islam di Senawang , yang menjualnya lelaki atau perempuan. Isteri saya kata lelaki Melayu. Bukan setakat lelaki Melayu sahaja yang menjual malah ramai lelaki Melayu yang makan di kedai tersebut. Isteri saya kata tak tahu malu betul mereka , sah tak pergi sembahyang Jumaat.

Nampaknya orang Islam di Malaysia ini semakin hari semakin tak hormat Islam , semakin tak hormat hari Jumaat. Secara tidak langsung mereka ini menghina Islam tanpa segan dan silu , tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Apakah perlu dikeluarkan fatwa haram berjual beli untuk lelaki Islam pada waktu Jumaat sepertimana fatwa Pengkid ? Apakah lelaki yang berjual beli pada waktu Jumaat akan berdemonstrasi membantah fatwa ini ?

Apakah perlu Jabatan Agama Islam melantik Pegawai Penguatkuasa dari kalangan wanita agar dapat menahan lelaki Islam yang berjual beli pada waktu Jumaat apabila ada fatwa yang menyatakan hukum ini dengan jelas ?

Kalau ada keraguan jangan debat dengan saya. Saya dengar kuliah Dato dan ikut saja. Ada masalah jumpalah Dato Arshad sendiri.

Fasa kehidupan seterusnya..

16 Nov

Sekarang cuti persekolahan akhir tahun sudah pun bermula. Yang paling gembira  ialah kanak-kanak dan remaja yang bersekolah. Tidak terkecuali para ibu bapa ada yang sudah merencana ingin membawa keluarga melancong sama ada di dalam negara atau luar negara. Bagi golongan yang berada, sudah semestinya luar negara menjadi destinasi pilihan. Ada juga sesetengah ibu bapa lebih gemar membawa anak-anak bercuti ke kampung halaman. Maka, para datuk dan nenek sudah semestinya merasai kemeriahan dengan kehadiran cucu-cucu yang kaya dengan pelbagai ragamnya. (lagi…)

Fahami wanita..

12 Okt

Malam tadi saya memasak lagi. Kali ini ingin mengubah selera dengan memasak Nasi Goreng Cina ditemani ayam goreng rangup dan paprik ayam. Seperti kebiasaan, saya akan memasak agak pedas. Namun, malam tadi kepedasan dikurangkan akibat rungutan adik bongsu yang tidak tahan pedas pada masakan-masakan saya sebelum ini (kasihan adik..hehe).

Sememangnya saya gemar memasak. Sentiasa mencuba masakan yang baru. Jika keluangan masa, tangan ini gemar membuat klik ke laman web yang selalu saya kunjungi untuk mendapatkan resipi-resipi daripada akak dan makcik di seluruh pelosok Malaysia yang tidak lokek resipi. Antara laman web yang selalu menjadi rujukan ialah myresipi dan mesra.net.

Bagi golongan lelaki, masih terdapat firasat bahawa tugas memasak adalah hanya tugas para wanita ataupun isteri. Adakah anda setuju? Berdasarkan pendapat saya, firasat sebegini haruslah ditolak jauh kerana kini bidang masakan juga melibatkan kaum lelaki. Malahan, kaum lelaki lebih ramai yang menjadi chef-chef di restoran. Ini adalah sebagaimana tulisan saya sebelum ini. Di samping itu, apabila lelaki memasak, terdapat satu hikmah yang tersembunyi sebenarnya. Iaitu ia akan membuatkan para suami memahami hati dan menghargai pengorbanan seorang isteri.

Contohnya kepenatan dan pengorbanan sang isteri di dapur memasak untuk suami tersayang dan anak-anak akan terasa dihargai apabila suami dan seisi keluarga menikmati lauk masakan isteri dengan berselera sambil memuji ikhlas kesedapannya. Hati isteri mana yang tidak gembira apabila melihat suami dan anak-anak sebegini. Oleh demikian, isteri akan lebih bersemangat untuk memasak dengan masakan yang lebih lazat dan sedap pada hari berikutnya. Tetapi apakah pula perasaan sang isteri apabila segala makanan yang terhidang tidak dijamu oleh suami atas alasan yang tidak munasabah? Sudah pastinya, perasaan seorang isteri hiba dan sedih kerana segala penat lelah di dapur tidak dihargai.

Maka, lelaki yang bakal menjadi suami atau yang sudah pun berkahwin haruslah membuang segala ego dengan meringankan tulang membantu isteri atau bakal isteri di dapur dan sekali-sekala memberi cuti kepada yang tersayang dengan menggantikan tugasnya di dapur. Pastinya, kasih sayang isteri kepada suaminya akan bertambah dan seterusnya mengukuhkan lagi ikatan sesebuah perkahwinan.

Cepu emasBerdasarkan pemerhatian, ramai mengatakan masakan daripada tangan lelaki lebih sedap daripada wanita. Adakah benar? Kongsikan pendapat anda ya..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.