Arkib Label: ketika cinta bertasbih

‘Trailer’ terbaru..

28 Apr

Sudah tidak sabar.

Tidak sabar untuk menunggu kemunculan filem KCB.

Bakal ditayangkan di Indonesia pada 11 Jun 2009. (bila pula di Malaysia?)

Bagi yang masih belum sempat membaca novelnya, usahakan sebelum penayangan filemnya.

Sudah difilemkan

4 Apr

Tidak sabar rasanya ingin menonton filem dari Indonesia iaitu Ketika Cinta Bertasbih yang bakal menemui peminat di pawagam tidak lama lagi. Resensi novelnya sudah saya titipkan di ruangan laman ini sebagai tatapan pengunjung. Sila klik di sini

Setelah berhempas pulas melayani emosi sehingga terbitnya air mata melalui novelnya, maka sudah pasti tidak sabar untuk melihat watak-wataknya di layar perak. Sehubungan itu, kepada para peminat sebagaimana saya, sila lihat trailernya yang sudah pun berada di ruang maya.

Harap bersabar menunggu filemnya.. :)

Ketika Cinta Bertasbih vol.2 (Resensi)

11 Dis

Ketika Cinta Bertasbih vol.2

Saya berasa puas. Puas yang amat sekali. Puas kerana menghabiskan bacaan novel yang mengandungi 664 muka surat itu. Akhirnya, segala persoalan dan konflik terjawab di akhir halaman. Iya..saya sudah usai membaca Ketika Cinta Bertasbih (KCB) vol.2. Ternyata, tabik diberikan kepada Kang Abik atas penghasilan novel sebegini yang meruntun jiwa dan bisa menambahkan keimanan kepada Ilahi. Mengubah paradigma lama menganjak perubahan menuju kehidupan yang diredhaiNya.

Jika KCB vol.1 berkisar di Mesir, sambungannya vol.2 pula mengambil setting di Indonesia terutamanya Solo. Kepulangan Khairul Azzam telah disambut dengan deraian air mata kegembiraan ibu dan adik-adiknya. Dalam KCB kali ini, ia banyak menampilkan watak Ayatul Husna (adik Khairul Azzam) yang sudah pun membesar menjadi seorang muslimah yang matang dan memiliki sifat dalaman yang menarik. Husna nama panggilannya adalah seorang psikologi muda dan penulis cerpen yang baru meningkat naik. Karyanya Menari Bersama Ombak telah memenangi tempat pertama dalam kategori sastera remaja dan mendapat penghargaan daripada Menteri Pendidikan Nasional Indonesia.

Dalam KCB kali ini, langsung tidak menyentuh watak sampingan di dalam KCB vo.1 sebaliknya watak Azzam, Anna dan Furqan menjadi intipati perjalanan novel. Ditambah dengan watak baru sebagai pendokong seperti Zumrah, Pak Kiai Lutfi dan ibunya Azzam. Menurut pandangan peribadi saya, keberadaan tokoh utama dari KCB 1 dan watak baru menjadi rencah menarik kepada KCB 2 sehingga merasakan jalan ceritanya lebih enak.

KCB 2 lebih banyak menampilkan konflik yang menggugah jiwa pembaca. Membikin diri tidak sedar akibat keasyikan menjamah isi ceritanya dari satu helaian ke satu helaian. Kisahnya bermula dengan pertemuan dua insan yang saling memendam cinta iaitu Anna Althafunnisa dan Khairul Azzam secara tidak sengaja apabila diperkenalkan oleh adiknya Husna. Namun tidak diluahkan kerana Anna sudah pun menjadi tunangnya Furqan. Bibit penyesalan di sanubari Anna kerana sudah terlajak menerima pinangan Furqan ketika masih menuntut di Mesir.

KCB 2 masih lagi menerapkan nilai usahawan selain persoalan cinta. Khairul telah berjaya membuka gerai bakso yang begitu dikenali sehingga dia mampu membuka banyak cawangan kesan daripada inovatifnya dalam bidang perniagaan.

Klimaks berlaku apabila Furqan mendedahkan hal sebenar kepada isterinya, Anna Althafunnisa di sebuah hotel. Anna yang tidak dapat menerima kenyataan berasa marah dengan sikap Furqan yang mendiamkan perkara tersebut sebelum perkahwinan berlangsung. Akhirnya, Anna dan Furqan bercerai. Satu lagi mengenai kecelakaan jalan raya ke atas Khairul Azzam yang meragut nyawa ibunya. Khairul Azzam terlantar di hospitalĀ  kerana mengalami kecederaan serius. Berlaku satu scene yang menyayat hati di sini kerana ia berlaku 4 hari lagi sebelum pernikahan Khairul Azzam bersama gadis dari Kudus.

Menerusi KCB 2, banyak perkara yang di luar dugaan pembaca. Namun, kebijaksanaan Kang Abik mengolah dan mengadun kisah yang berlaku menjadikan ceritanya berkesinambungan antara watak-watak di dalamnya. Di samping itu, Kang Abik turut menyelitkan beberapa kata-kata yang memantapkan rohani melalui penyampaian kuliah oleh Kang Azzam berdasarkan kitab al-hikam di Pesantren Darul Quran naungan Kiai Lutfi.

Akhir sekali, alhamdulilah semua yang berlaku dan berlalu memberikan jawapan yang memuaskan hati pembaca. Senyuman terukir di bibir. Terasa kebahagiaan yang bakal ditempuhi oleh Khairul Azzam dalam hidupnya.

Resensi Ketika Cinta Bertasbih vo.1

9 Dis

Ketika Cinta Bertasbih vol.1

Setelah mengenali Kang Abik menerusi karya Ayat-ayat Cinta(AAC), saya kepingin sekali mendapatkan karyanya Ketika Cinta Bertasbih. Mungkin saya insan yang sudah ketinggalan mengikuti novel ini kerana ia sudahpun dikenali ramai sebelumnya. Ya. Saya sudah usai membaca novel ini beberapa hari yang lalu. Kini sedang mengikuti sambungannya vol.2.

Jika dihalusi, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) masih menerapkan tema yang sama sebagaimana AAC iaitu kisah cinta seorang lelaki yang berdasarkan ajaran Islam di kota Mesir. Jikalau dalam AAC pembaca dikenali dengan tokohnya Fahri, tetapi di dalam KCB pemain utamanya ialah Kang Azzam ataupun nama penuhnya Abdullah Khairul Azzam. Di Mesir, sesiapapun tidakĀ  pernah mengelarkan namanya dengan nama Abdullah. Sebaliknya dia lebih dikenali dengan panggilan Kang Azzam dan Mas Insyinyur. Jika sesiapa mencari dengan namanya Abdullah, tiada siapa yang mengenali Abdullah yang mana satu. (lagi…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.