Arkib Label: kesihatan

Cuti sakit

11 Ogo

Hari ini saya tidak turun mengajar.

Badan terasa tidak sihat.

Kepala terasa pening. Suhu badan pula terasa di luar angka normal walaupun masih belum cukup tinggi. Tekak terasa perit untuk  menelan makanan.

Apabila dibuat pemeriksaan doktor, hanya ubat biasa untuk demam diberikan. Pesanan tambahan daripada doktor minum air suam dengan kadar yang banyak. Kurangkan aktiviti di luar.

Dalam hati sentiasa galau melihat berita di akhbar mahupun televisyen. Angka terkorban akibat virus itu sentiasa meningkat dari hari ke sehari. Kini sudah meragut 32 nyawa. Alhamdulilah, badan-badan kesihatan mula bergerak aktif sekarang di pusat-pusat awam malahan di sekolah, 2 hari berturut-turut mereka melaksanakan pemeriksaan kesihatan ke atas pelajar dan para staf.

Sehubungan itu, pihak kementerian yang berkaitan perlu bertindak proaktif  dan mengenalpasti dengan lebih banyak alternatif tambahan bagi menangani penularan virus ini. Saringan yang ketat dan menyeluruh mesti dilakukan di mana-mana ceruk kawasan termasuk di kampung dan estet. Pemeriksaan yang lebih ketat dilaksanakan di pusat awam terutamanya di lapangan terbang. Manakala peniaga yang tidak beretika menjual topeng muka dengan harga yang tidak berpatutan juga harus diambil tindakan yang tegas sebagai pengajaran. Dan paling penting, mulai sekarang kebersihan kawasan sekitar perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat untuk mengelakkan wujudnya pelbagai virus yang lain pula di masa akan datang.

Maka, saya hanya mampu memohon kepada-Nya agar diri cepat sembuh bersama pesakit-pesakit yang lain di dalam dan luar negara. Amin.

Senaman Leher

16 Dis

Selamat Bersenam ya.!!

“SICKO” menyentuh hati..

2 Nov

Sementara menunggu siaran langsung perlawanan bola sepak liga perdana Inggeris lewat malam, saya terlebih dahulu melihat satu filem yang menarik di siaran 413 (star movies). Filem ini ditayangkan pada pukul 11.40malam. Filemnya bertajuk “SICKO” arahan Micheal Moore yang sebelum ini pernah memenangi Anugerah Grammy melalui filem “Fahrenheit 9/11″. “SICKO” sebenarnya sudah ditayangkan di pawagam pada tahun lepas.

Filem yang memakan masa selama 1 jam 45 minit ini mengisahkan kesukaran rakyat Amerika untuk menerima rawatan penjagaan kesihatan mereka. Masalahnya, semua intitusi kesihatan di negara tersebut mengkhendaki rakyat marhaen perlu membayar sejumlah wang jika ingin mendapatkan rawatan. Dalam filem ini pada mulanya menceritakan mengenai pengalaman yang dialami oleh beberapa pemegang insurans kesihatan yang sukar untuk mendapatkan rawatan akibat syarikat insurans yang dicarumkan menolak untuk membayar wang rawatan kepada pencarum. Keadaan ini menyebabkan ada mangsa menanggung kesakitan selama bertahun-tahun kerana tidak mampu untuk membuat pembayaran rawatan. Lebih malang, ada insan yang meninggal dunia setelah gagal mendapat rawatan. Keadaan menjadi semakin parah apabila beberapa syarikat insurans dipolitikkan dengan terlaksananya akta baru (tidak ingat nama aktanya) oleh kerajaan. Ini menyebabkan ada rakyat Amerika yang menipu menjadi warganegara Kanada dan mendapatkan rawatan di sana. Di Kanada, rawatan kesihatan adalah percuma sebagaimana di Malaysia.

(lagi…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.