Arkib Label: indonesia

Wajah buku terbaharu : Andrea Hirata

16 Jun

PADANG BULAN menceritakan Enong yang bertekad untuk belajar bahasa Inggeris dengan mengikut kursus di Tanjong Pandan. Enong tahu, umurnya akan menjadi tentangan paling besar karena dia harus bersaing dengan anak-anak muda.

Sementara itu, Ikal terpukul oleh penolakan ayahnya. Cintanya kepada A Ling sudah bulat, namun ternyata ayahnya menolak mentah-mentah. Sementara, A Ling juga entah di mana. Akibatnya, Ikal merasa otaknya sedikit terganggu dan memutuskan untuk mencari pekerjaan ke Jakarta, menjadi pegawai berseragam yang memiliki wang pencen seperti yang diinginkan ayah dan ibunya.

Tepat sebelum nakhoda kapal mengangkat sauh, Ikal berubah pikiran. Ada yang belum tuntas ia selesaikan. Ia harus kalahkan Zinar dalam tanding catur!

CINTA DI DALAM GELAS bertutur tentang tugas berat di pundak Ikal. Dia harus membantu Maryamah memenangkan pertandingan catur saat 17 Ogos nanti. Maryamah, yang menyentuh bidak catur saja belum pernah, harus mengalahkan juara catur selama dua tahun berturut-turut yang sekaligus juga mantan suaminya. Namun, lebih dari itu, jenis kelamin Maryamah menjadi tantangan berat untuk bisa mencebur ke dalam pertandingan penuh harkat bagi kaum lelaki ini.

Bagi penonton yang pro maupun kontra, usaha Maryamah jelas sebuah suguhan yang sangat menarik. Begitu pulakah dengan Maryamah?

Dipetik dan diubahsuai dari Mizan Publishing

Cuti-cuti Malaysia..

28 Nov

Sudah lama tidak menitipkan khabar di blog ini. Semenjak memulakan tugas dan dikhendaki membantu pihak sekolah menyiapkan beberapa perkara bagi kelangsungan persekolahan tahun hadapan kadang-kadang membuatkan badan keletihan. Malamnya pula masa dihabiskan untuk bersama keluarga. Episod hidup kini sudah berubah. Tidak sama sebelum diri dipostingkan. Maka, ruangan ini kesunyian tanpa berita. (lagi…)

PRESIDEN OBAMA MENCIPTA SEJARAH

5 Nov

Semalam diisytiharkan Barack Obama diberikan mandat sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baru. Kejayaan Obama ini memberikan satu kejutan dalam sejarah politik Amerika kerana buat pertama kalinya Presidennya adalah berkulit hitam. Ternyata sokongan kepada beliau oleh rakyat Amerika tidak berbelah bahagi dengan disaingi hebat oleh Hillary Clinton dalam Parti Demokrat dan lawannya one-on-one dengan John McCain dari Parti Republikan.

Barack Obama dilahirkan pada 4 Ogos 1961 hasil daripada pasangan Barack Husein Obama Senior (seorang penganut Islam dari Kenya) dengan Ann Dunham (wanita kulit putih dari Kansas). Namun ketika usianya menginjak 2 tahun, kedua ibu bapa beliau bercerai. Namun, ibu Obama lantas berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia, Lolo Soetoro. Pada masa usia 6 tahun, beliau telah berhijrah ke Indonesia. Di sana, Obama menceritakan keperitan dan kepayahan hidupnya yang sehingga kini tidak dilupakan. (lagi…)

Menteri Termiskin

30 Okt

Hari ini terasa amat bosan. Sinaran matahari amat memeritkan. Hingga saya berada di bilik terasa bahangnya walaupun sudah memasang kipas dengan kelajuan yang maksima. Ternyata, anginnya hanya berlalu tanpa memberikan kedinginan kepada tuan badan. Kekhusyukan saya berbaring sambil membaca novel karya Faisal Tehrani sedikit terganggu dengan persekitaran begini. Akhirnya, saya bingkas. Menyelak laptop dan terus melayari alam internet..

Selepas berkunjung ke sana sini, akhirnya tertarik kepada satu artikel dari indonesia. Tuan blognya menukilkan satu kisah mengenai menterinya yang bernama Anton Apriantono. Berdasarkan laporan kekayaan penyelenggara negara (LHKPN), jumlah kekayaan beliau hanya Rp 388.936 juta. Mungkin rakyat Malaysia terbeliak matanya melihat dan mendengar angka ini. Namun diingati, kadar pertukaran mata wang Rupiah kepada Ringgit Malaysia (RM) adalah kecil nilainya berbanding nilai RM. Saya tidak pasti berapakah kadar mata wang RM dengan Rupiah pada masa ini.

Mengikut kisahnya, Pak Anton adalah satu-satunya Menteri yang paling senang untuk dihubungi dan didekati. Di ruang parking rumahnya hanya mempunyai dua buah kenderaan. Salah satunya ialah Kijang keluaran 1994. Ini adalah amat berbeda dengan menteri lainnya yang biasa mempunyai koleksi kenderaan terbaru di halaman mewah mereka.

Antara kata-kata daripada Pak Anton yang membuatkan saya tertarik ialah

Kalau pemimpin tidak bisa menjadi uswah (teladan), jangan berharap anak buah mengikuti

Ini adalah prinsip yang menjadi pegangan Pak Anton. Ketika saat keluar daerah menaiki pesawat, Pak Anton lebih senang dengan kelas ekonomi. Beliau tidak mahu untuk duduk di kelas bisnes. Menurut beliau lagi, “Kalau menterinya (pakai) ekonomi, anak buahnya nggak ada yang berani (di kelas) bisnis,” ungkapnya lantas tersenyum. Amalan Pak Anton mengingatkan diri saya teringat kepada satu kisah mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, Lim Guang Eng yang turut menjejak langkah yang sama. Ceritanya boleh saja anda ikuti di sini.

Berbalik semula kepada kisah Pak Anton di mana beliau tidak gemar untuk menginap di hotel yang lebih dari tiga bintang. Menurut beliau, sambutan VVIP kepada para pemimpin haruslah dikikis. Kerana ia adalah suatu pembaziran. Tambahan lagi, Pak Anton lebih gemar untuk bermalam di rumah petani jika dibandingkan dengan hotel. Dia lantas menceritakan pengalamannya ketika menginap di rumah salah seorang petani di Karawang. “Saat itu, atap rumahnya sudah mau roboh,” katanya seraya tersenyum lebar. Ternyata, semangat dan keprihatinan Pak Anton memahami rakyat sukar untuk dilihat pada pemimpin dunia yang lain. Saya pasti dan belum pernah kedengaran pemimpin rakyat tidur dan bermalam di rumah rakyat biasa yang susah.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Semoga kisah Pak Anton ini bisa sahaja dijadikan sebagai iktibar dan contoh kepada pemimpin yang lain. Walaupun menduduki jawatan tertinggi, tapi biar lah hidup dengan sederhana. Ini amat berbeda dengan pemimpin lain yang lebih suka kepada hidup yang digelumangi glamour. Yang paling diutamakan ialah bagaimana amanah yang diberikan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.