Arkib Label: ibu

Indahnya ciptaan dari-Nya

31 Jan

Lama sungguh tidak menginjak kaki di sini. Bersawang sana sini. Berdebu dan berhabuk di segenap ruang teratak. Sehingga kekadang terbersin pula.

Harap maaf atas lamanya tidak mengkhabarkan diri buat sementara waktu. Belakangan ini, masa yang ada dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sama ada di sekolah mahu pun di rumah.

Terlebih dahulu memanjat kesyukuran atas pemberian Tuhan Yang Maha Berkuasa kepada kami suami isteri apabila dianugerahi dengan kandungan bayi yang amat ditunggu-tunggu. Alhamdulilah, bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat yang kini sudah berusia lebih kurang dua bulan setengah. Pada awal bulan yakni ketika bayi berumur 6 minggu, bayi masih dalam keadaan peringkat awal yang hanya menampakkan degupan jantung.

Semalam, ketika membuat scanning kali kedua, kami berasa gembira dan tersenyum apabila bayi sudah pun memiliki kepala, tangan dan kaki. Bunyi degupan jantungnya amat laju. MasyaAllah, inilah keajaiban ciptaan Allah Azzawajalla. Nyata sekali, kejadian ciptaan manusia satu cara menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan umat-Nya kepada Sang Pencipta. Rasa bertuah sekali diberi peluang dapat merasai pengalaman sebegini.

Maka, dalam bulan ini dalam keadaan isteri yang selalu kepeningan dan kepenatan membuatkan saya mengambil alih tugas isteri menguruskan rumah tangga kami agar berjalan dalam keadaan lancar dan tenang. Sehubungan itu, masa membaca dan melayari internet juga sudah semakin menurun. Proses membaca yang masih ditetapkan jadualnya adalah sebelum tidur. Tetapi, 2-4 halaman bacaan, buku pula yang membaca saya. Seterusnya, saya mengambil kesempatan untuk membaca di sekolah ketika menunggu kuliah dan kelas tutorial.

Buat masa sekarang, genre pembacaan itu sudah pelbagai khususnya berkaitan dengan genre kekeluargaan termasuk buku-buku resipi. Semalam di Sibu, memilih buku resipi masakan sayur dan ala Pantai Timur keluaran Resipi@Prima. Ini adalah disebabkan isteri yang alah dengan bau-bauan dapur. Menurut ibu-ibu, keadaan ini sememangnya biasa kepada ibu mengandung pada peringkat awal. Oleh demikian, masa ini saya menjadi chef keluarga untuk menyediakan makanan. Rupa-rupanya seronok juga apabila memasak. Segala kerunsingan dan tekanan dalam minda lenyap dengan aroma rempah dan bawang goreng yang mendidih di atas kuali. Ingin pula menjadi sehebat Chef Zul (Huhu2).

InsyaAllah, jika ada kesempatan saya cuba untuk menulis resensi buku-buku di halaman ini di lain waktu apabila mempunyai masa terluang. Lama benar rasanya tidak berkongsi perihal buku di teratak ini.

Selamat Hari Ibu

10 Mei

Hari Ibu

Sembilan bulan dalam kandungan ibu. Ibu tidak pernah mengeluh. Ibu amat cekal walaupun pada ketika itu hidup amat perit sekali diulit dengan serba kekurangan. Namun akhirnya, 14 September 1984 lahirnya seorang bayi lelaki ke dunia ini. Betapa gembira hati ibu dan ayah memperolehi cahaya mata mereka buat kali yang ketiga.

Kini, setelah 25 tahun berlalu permata mereka ini sudah mampu berdiri sendiri menangani kehidupan. Betapa besarnya pengorbanan ibu selama ini menguruskan kehidupan kami sekeluarga agar semua dalam keadaan baik dan selamat. Setiap menjelang peperiksaan, ibulah insan yang paling risau. Begitu juga apabila kami adik beradik dilanda kesakitan. Ibu mengambil berat segala pemakanan dan rawatan anak-anaknya. Betapa jasa dan perjuangan ibu tidak bisa dibalas dengan seberapa banyak material pun. Hanya kasih sayang dan kesedaran tanggung jawab sebagai seorang anak yang boleh menggembirakan hatinya.

Malam ini, kami adik beradik membuat pakatan untuk memberikan kejutan bagi menggembirakan hati ibu agar ia terus tersemat dalam sanubarinya.

Selamat Hari Ibu

Perbandingan KL-UK

23 Sep

Assalamualaikum wbt,

Artikel ini penulis ambil dari satu laman web. Ceritanya dinukilkan pada 10 April 2005 oleh Dato Dr Ismail Ibrahim. Ia mengisahkan keadaan sebenar masyarakat Malaysia terutamanya bangsa Melayu yang beragama Islam. Semoga kita dapat meluangkan masa membacanya dan kemudian berfikir sejenak….

Kehidupan malam KL dan UK
Oleh: DR. ISMAIL IBRAHIM

SEORANG ibu yang saya temui semasa menyertai satu program anjuran Jabatan Penuntut Malaysia London minggu lepas, menyatakan bahawa anak remajanya yang berada bersamanya di Manchester, tempat dia sedang menyiapkan tesis doktor falsafahnya, tidak pernah keluar rumah pada waktu malam semasa berada di sana. Tetapi ketika kembali ke Kuala Lumpur masa cuti baru-baru ini, anaknya itu boleh dikatakan setiap malam meminta kebenarannya untuk keluar malam. (lagi…)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.