Arkib Label: aurat

Acheh : Haramkan seluar panjang ketat dan jeans

28 Okt

Hari ini, saya berasa tertarik dengan satu isu yang dipaparkan dalam Kosmo berkenaan pengharaman kaum wanita di Acheh daripada memakai seluar panjang ketat dan jeans bermula tahun hadapan.

Menurut ketua daerah, Ramli Mansur bahawa mana-mana wanita yang ingkar dan gagal menepati ketetapan yang ditentukan, maka seluar yang mereka pakai akan digunting serta merta dan digantikan dengan skirt yang disediakan secara percuma oleh pemerintah Aceh Barat. Malahan tidak terkecuali golongan lelaki di mana seluar pendek juga diharamkan.

Saya berasa terpanggil untuk berkongsi dengan berita ini kerana ia amat berkait rapat dengan budaya pemakaian wanita tempatan sekarang yang amat menjolok mata walaupun bertudung litup. Seolah-olah pemakaian sedemikian menjadi trend di seluruh negara tidak kira di bandar besar mahupun di kampung pedalaman. Di mana-mana sahaja kita bisa melihat peratusan besar wanita berpakaian jeans ketat dan baju yang sendat sehingga menampakkan yang tersirat ini. Kenapa menjadi satu permasalahan pula untuk berpakaian sebagaimana yang disyariatkan?

Di manakah silapnya gambar di atas?

Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah, “ Sesungguhnya, Asma’ binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” , Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata, “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”.

Maka, sayugianya saya berharap perundangan sebagaimana yang bakal dilaksanakan di Acheh menjadi contoh kepada negara Malaysia untuk turut menjejak langkah yang sama agar lebih memakmurkan pandangan mata dan mengurangkan dosa-dosa sama ada kepada pihak lelaki mahupun wanita itu sendiri dengan mengamalkan hidup yang hanya untuk keredhaan Yang Maha Esa.

“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, yaitu perempuan- perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Muslim)

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

15 Feb

Sudah terlalu lama tidak menitipkan entri di ruang ini atas keterbatasan masa akibat tugasan yang sentiasa ada untuk dilunaskan. Cuma ingin menggunakan masa yang ada untuk berkongsi sedikit informasi yang berguna bagi tatapan pengunjung.

Sebelum ini, masa yang ada digunakan untuk berkunjung ke blog kegemaran insan-insan yang hanya dikenali di ruang maya. Ketika melayari dan membaca perkembangan terbaru para blogger, satu iklan telah menarik minat saya untuk dikongsikan kepada para muslimah. Ini memandangkan ia cukup bagus untuk disebarkan jualannya kepada golongan wanita kerana kini masih ramai para kaum Hawa tidak mengenakan gaya pemakaian yang menutup aurat dengan baik. Sentiasa ada lompang dan kelemahan dalam pemakaian mereka walaupun bertudung litup.

Maka, jika pemakaian yang berlandaskan apa disyariatkan, sudah semestinya ia mengurangkan keazaban kepada kaum itu sendiri dan para lelaki yang berada di luar rumah dengan pemeliharaan mata mereka daripada perkara yang tidak sepatutnya.

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” [Surah Al-Ahzab:59]

Kepada para muslimah, kunjungilah laman web http://tshirtlabuhmuslimah.blogspot.com bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pakaian yang dijual untuk kebaikan ummah :)

Nilai sehelai tudung..

16 Sep

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai artikel Raja Petra Kamaruddin (RPK) berkenaan aurat wanita Muslim di dalam blognya (Malaysia Today). Kenyataan yang dibuat oleh RPK ini telah menyebabkan beliau ditahan di bawah ISA pada masa kini.

Kontroversi ini telah mengingatkan diriku kepada tahap penjagaan aurat wanita muslim di Malaysia sekarang. Jika anda berada di luar sana memahami apa yang ingin disampaikan ini, sudah pasti anda juga dapat melihat dan mengakui suasana ini. Apa yang dimaksudkan di ruangan ini adalah mengenai trend pemakaian tudung di kalangan wanita Muslim kini yang seolah-olah dikesampingkan tujuan sebenar tudung itu dipakai.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Di celah-celah manusia yang ramai, akan kelihatan para wanita muslim terutamanya para gadis-gadis memakai tudung tetapi tidak sempurna iaitu masih menampakkan bentuk badan dengan pemakaian tshirt dan seluar jeans yang “sangat” ketat sehingga menampakkan yang tersirat jika tidak kena gayanya. Tambahan lagi, ada sehingga terdedah apa yang tak patut didedahkan. Yang pasti kaum lelaki ada yang tercegat melihat keadaan ini jika tidak kuat imannya.. Ada juga sesetengah daripadanya memakai tudung untuk meninggikan diri. Menunjukkan tudungnya adalah up-to-date, sofistikated dan bergaya berbanding wanita lain. Ini mencetuskan kurangnya rasa kehambaan kepada-Nya.

Wahai para wanita berkenaan..bangun dan sedarilah bahawa pemikiran dan amalan sebegini haruslah dikikis daripada kehidupan. Alangkah indahnya kalau bertudung dan menutup aurat sebagaimana apa yang telah disyariatkan oleh agama. “Islam is really beautiful”..Molek pemakaiannya maka cantiklah keperibadiannya.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.