Biodata

Nama aku Abdul Shahrom bin Abdullah. Bisa saja dipanggil dengan nama Shah, Om, Sharom dan Shahrom. Pada masa sekolah dulu, sesetengah guru ada yang memanggil diriku Shukor, Abdul dan apa lagi aku dah lupa. Lahir ke dunia dari rahim ibu pada 14 September 1984. Ini bermakna ketika menulis biodata ini umur aku sudah pun menjangkau 24 tahun (rasa macam belum 24tahun rasanya. hehe..). Aku adalah anak ke-3 daripada 4 adik beradik tetapi pada tahun 2001, mak dan ayah mengambil anak angkat a.k.a yang paling bongsu sekarang yang kini sudahpun berumur 7tahun menjadikan adik beradik kami berjumlah 5 orang. Sekarang aku tinggal di Bintangor, Sarawak.

Bagi zaman persekolahan, SK Abang Amin adalah persekolahan rendahku. Kemudian untuk Ting.1-5, aku bersekolah di SMK Kai Chung. Menyambung pelajaran di Ting.6 di sekolah SMK Meradong. Pada tahun 2004, aku berjaya memasuki Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim bagi mengambil jurusan pendidikan perakaunan. Pada tahun 2008 (kini), aku menamatkan pengajianku dengan segulung ijazah. Pada 10 November 2008, aku ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Bintangor.

Status sudah pun berkahwin dengan isteri kesayangan. Orangnya comel dan manis sekali. Impianku adalah untuk bersama-sama menikmati kebahagiaan hingga ke akhir hayat. Aku sangat gemar membaca buku. Melaluinya, aku bisa mengetahui perkara yang aku belum ketahui. Selain itu, aku juga gemar menonton movie melalui dvd dan wayang. Filem kesukaanku adalah trilogi Lord Of The Rings, semua filem lakonan Will Smith dan filem yang dihasilkan oleh Afdlin Shauki. Aku tidak suka berpeleseran (bukan bermakna menunjukkan kebaikan). Aku gemar melancong. Tetapi memandangkan kini aku masih belum mempunyai pekerjaan aku tangguhkan dahulu minat ku ini. Aku teringin sekali melancong ke luar negara. Melaluinya, aku dapat mengenal dan memahami budaya dan gaya hidup masyarakat luar. Keluar dari kepompong bumi sendiri sementara waktu. Aku adalah peminat dan penyokong fanatik kepada pasukan Arsenal FC.

Blog Perspektif

Blog ini adalah blog peribadi aku. Dan aku merupakan orang baru terbabit dalam dunia blog ini kerana aku mula menulis dalam blog ini pada awal September iaitu bersamaan 1 Ramadhan 1429H. Segala entri yang aku nukilkan adalah berdasarkan kepada pemerhatian, pengalaman dan pembacaan aku. Terdapat juga entri yang aku import daripada blogger lain dengan tujuan untuk membantu menyebarkan maklumat kepada para pengunjung. Aku mula tertarik kepada dunia blog ini setelah aku merasa timbulnya minat untuk menjadi seorang penulis. Minatku ini semakin bertambah apabila aku membeli buku saudara Zamri Muhammad iaitu Cari Duit Sebagai Penulis Bebas. Walaupun isi kandungannya berkisarkan kepada menjadi penulis kepada entri di majalah ataupun suratkhabar, tetapi aku bisa melatih penulisanku dengan melalui entri di blog ini. Dengan harapan, impianku untuk menghasilkan buku sendiri pada masa akan datang tercapai. Melalui penulisan blog ini, ia membuatkan diriku semakin kuat untuk membaca dan mengambil tahu segala benda yang berlaku di sekeliling. Ini adalah baik untuk diriku kerana dapat meningkatkan ilmu dan pengetahuan kepada diriku dan seterusnya dikongsikan bersama orang lain.

Ini adalah serba ringkas mengenai diriku yang sebenarnya masih terdapat banyak kekurangan. Tapi, aku sentiasa mengenalpasti dan memperbaiki diri agar menjadi insan yang unggul. Sebarang pandangan pengunjung di blog ini aku ingin mengucapkan ribuan penghargaan kerana melalui komen anda menambahkan semangat untuk menulis lebih banyak entri yang menarik untuk dikongsikan bersama. Bisa sahaja menghubungi diriku melalui abdulshahrom@gmail.com. Sekian..

37 Respons to “Biodata”

  1. MAZIDAH ADENAN November 9, 2008 pada 11:49 pm #

    assalamualaikum…
    tahniah sbb abg berjaya molah blog tok. bangga eh ngan org swak mcm ktk.first time bukak blog tok dari fs (bulletin)terus suka coz byk info dpt dari ctok.wish u gud luck n keep it up n gud work!

  2. mesejabdul November 10, 2008 pada 10:57 am #

    Waalaikumussalam..
    Terima kasih atas penghargaan kitak dan sebagai orang pertama memberi komen di page tok. InsyaAllah, blog tok akan cuba diupdate sentiasa dengan entri-entri yang bermaklumat. Mun ada apa2 informasi, amat dialu2kan untuk dikongsi bersama :)

  3. Mya Marja November 13, 2008 pada 5:08 am #

    Assalamualaikum,
    Selamat berblog dan berkarya. Teruskan berdakwah dan menyampaikan kebaikan melalui medium penulisan.

  4. Embun Menitik November 13, 2008 pada 10:45 pm #

    Syabas dan tahniah atas kejayaan anda membina blog ini. Semoga anda akan terus kreatif berkarya.

  5. mesejabdul November 16, 2008 pada 6:04 pm #

    mya marja -
    Waalaikumussalam. Terima kasih atas pesanan dan sokongan encik.Ternyata penulisan encik melalui buku ‘Guru Arkitek Bangsa’ berjaya mendekatkan watak Fuad sebagai inspirasi kepada saya memberikan komitmen sepenuhnya dalam pendidikan negara.

    embun menitik -
    Terima kasih saudari. Saya akan sentiasa berusaha untuk menjadikan blog ini sebagai platform mengasah penulisan saya dengan menghasilkan karya yang baik.

  6. ur luv November 21, 2008 pada 2:40 pm #

    tahniah blog awak smakin mendapat smbutan :)

  7. mesejabdul November 21, 2008 pada 9:02 pm #

    ur luv – Terima kasih atas ucapan saudari :)

  8. Ummu Hani Januari 2, 2009 pada 11:20 am #

    Jemput ke blog kakak di http://www.ummuhani.com

  9. mesejabdul Januari 3, 2009 pada 12:49 am #

    Terima kasih atas kunjungan akak di laman saya. Saya juga akan pastikan diri sentiasa mengikuti perkembangan di laman akak.. Mana tahu ada novel terbaru :)

  10. ABU SAIF April 4, 2009 pada 1:54 pm #

    Assalamualaikum WBT.

    Selamat maju jaya… saya berasa damai melayari blog saudara kerana ketertiban serba serbinya. Salam ukhuwwah..

  11. honeysha85 April 13, 2009 pada 8:11 pm #

    salam,
    sy sering berkunjung ke laman saudara..
    tak sangka rupanya saudara suami kepada Oja.
    Oja, sy dan ader 2 lagi guru sama2 posting di sekolah yang sama
    Selamat Pengantin Baru
    semoga kamu berdua bahagia ^o^

  12. mesejabdul April 14, 2009 pada 10:08 pm #

    ABU SAIF – Waalaikumussalam wbt. Masya-Allah, sekian lama tidak menjengok di laman sendiri ada amanat istimewa daripada Ustaz Hasrizal. Terima kasih atas segala doa ustaz dan nyata ini menjadi pemangkin kepada diri saya untuk bergiat dengan lebih semangat dalam memanfaatkan ruangan ini :)

  13. mesejabdul April 14, 2009 pada 10:13 pm #

    honeysha85 – Wasalam. Oh..tak sangka sampai begitu sekali rakan kepada isteri turut singgah di sini :) Terima kasih atas doa saudari. Semoga saudari juga beroleh kesejahteraan hendaknya.

  14. adam lamberg April 23, 2009 pada 7:38 pm #

    assalamualaikum

  15. mesejabdul April 24, 2009 pada 9:06 pm #

    adam lamberg – Waalaikumussalam wbt :)

  16. az Mei 12, 2009 pada 11:13 pm #

    salam ziarah abdul shahrom :)

    kalau minat bidang penulisan, dtglah ke blog saya, free je :)

    azmah nordin

  17. syuk Mei 17, 2009 pada 7:46 pm #

    salam ziarah.

    moga cita-cita tuan akan segera tercapai.\

    amin.

  18. mesejabdul Mei 18, 2009 pada 10:28 pm #

    puan azmah nordin@az,

    Terima kasih atas kunjungan puan. Sesungguhnya, saya selalu menjenguk blog puan kerana banyak input yang bagus untuk dipelajari dan diaplikasikan dalam penulisan. Saya begitu menghargainya :)

  19. mesejabdul Mei 18, 2009 pada 10:30 pm #

    syuk,

    Terima kasih saudara. Amin.. :)

  20. YUURI_SAN Mei 21, 2009 pada 3:31 am #

    GOOD LUCK..
    XSANGKA LAK MEMBER SATU KAWASAN PERUMAHAN NIE DAH JADI CIKGU..
    MOGA BAHAGIA DI SAMPING ISTERI TERSAYANG..
    DULU SAYA DOK SAMA SATU TAMAN DGN OM..
    TP 4TAHUN YG LEPAS SAYA DAH PINDAH KE KL..
    LAU NK TAU SAPA SAYA AWK CARI LAH UMAH YG BERNOMBOR LOT 326…
    OM AKAN TAU SAPA SAYA…
    KIM SALAM PADA FAMILY OM…

  21. matjoran Jun 5, 2009 pada 8:42 pm #

    akum om.. abg nak mintak tolong skit dgn awak. om kenal tak cikgu janibah? rasanya dia ngajar sekolah sama dgn om. dia tu kawan lama abg ..

  22. mesejabdul Jun 15, 2009 pada 11:27 pm #

    Yuuri_San,

    Wah..sudah bermukim di KL nampaknya. Baru saya ingat tuan punya diri bila melihat rumah Lot 326 itu. Terima kasih atas doanya. Semoga selamat berkelana di sana :)

    matjoran,

    waalaikummusalam. Kecilnya dunia, abg matjoran. Sememangnya cikgu janibah guru seperjuangan di SMK Bandar Bintangor :)

  23. Tukang Karut Ogos 17, 2009 pada 12:58 pm #

    Bila nak wat anak….hehehehehe………

  24. mesejabdul Ogos 18, 2009 pada 12:48 am #

    Tukang Karut,

    InsyaAllah..on progress. Huhuu..

  25. mlanau Oktober 12, 2009 pada 2:38 am #

    salammmmm… biak bintangor. tahniah untuk blog anda.

  26. mesejabdul Oktober 15, 2009 pada 9:43 pm #

    mlanau,

    Salam..terima kasih :)

  27. watever November 5, 2009 pada 12:34 am #

    assalamualaikum..

  28. bngishak November 18, 2009 pada 1:19 pm #

    Asamualaikum Shah! Kamek cari2 nama dirik kat flickr tapi sik berjaya, rupa-rupanya kat wordpress. Kagumlah dgn blog dirik tuk. Semoga impian jadi penulis ya berjaya. pupok2 jak. Kamek surrender lam hal tulis menulistuk, suka ambik gambar jak, hehehe.

    Selamat bercuti!!

  29. pusak besar November 20, 2009 pada 5:22 pm #

    assalamualaikum slmt bercuti…

  30. Riduan Khairi Mei 3, 2010 pada 10:02 pm #

    Salamualaykum,

    Terima kasih kerana sudi meletakkan link encikbaca di blog tuan.

    Saya suka membaca perspektif tulisan tuan yang luas dan variasi sis pandangnya. Susah juga mencari orang yang suka membaca buku dalam pada masa yang sama meminati filem.

    Tulis, terus tulis.

  31. mesejabdul Mei 10, 2010 pada 10:34 pm #

    bngishak – Hehe..sikpa. Ambik gamba pun cabang mengasah kreativiti juak :)

  32. mesejabdul Mei 10, 2010 pada 10:38 pm #

    Riduan Khairi,

    Waalaikumussalam..
    Terima kasih atas kunjungan saudara. InsyaAllah, kini usaha untuk menulis sudah bermula. Halaman blog saudara merupakan salah satu input saya untuk mengetahui buku-buku yang menarik khususnya yang membicarakan mengenai agama Islam :)

  33. NANA November 10, 2010 pada 1:18 pm #

    kitak miak smk meradong 2001? kelas apa ? 6A1 kah??

  34. Fazla April 12, 2011 pada 4:18 pm #

    Assalammualaikum tuan,
    Sangat suka dengan post penulisan tuan, berjumpa apabila search ‘kafe buku’ . Ini impian kami :) . Doakan ya!.

  35. mesejabdul April 16, 2011 pada 8:08 pm #

    Fazla,
    Waalaikumussalam. Terima kasih atas kunjungan pihak puan ke teratak saya. Saya mendoakan semoga cik/puan Fazla menghasilkan kafe buku yang serupa sebagai satu daya tarikan baharu di Malaysia. Amin :)

  36. rostam Mac 4, 2012 pada 3:22 pm #

    asalamualaikum, saya mencari kitab senjata hikmah, kalau ada sayang ingin membelinya. terima kasih

  37. mesejabdul Mac 24, 2012 pada 5:43 pm #

    Harap maaf. Saya tiada menjual buku berkenaan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.