Bagaimanakah perasaan mahasiswa dan mahasiswi yang menuntut di institusi pendidikan pada masa ini apabila kemungkinan mulai tahun hadapan penempatan guru ke sekolah di seluruh negara akan dibekukan.
Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr. Zakaria Kasa semasa ucapan perasmian yang disampaikan beliau dalam ‘Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia’ anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni (JHEPA) UPSI yang berlangsung di Bilik Seminar Bitarasiswa dua hari lepas.
Isu ini mungkin masih belum diperbincangkan secara meluas untuk pengetahuan khalayak ramai kerana ia masih belum pasti untuk dilaksanakan. Namun jika ia benar, diharapkan pihak berkenaan mengambil pendekatan yang proaktif agar masalah ini dapat diatasi dengan keputusan yang boleh memberikan manfaat kepada para bakal graduan pendidikan tersebut.
Ini memandangkan sekolah-sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak masih lagi mengalami kekurangan tenaga pengajar. Jikalau penempatan tersebut dibekukan, sudah semestinya berlaku kesukaran kepada pihak sekolah untuk memenuhi tuntutan mana-mana mata pelajaran yang memerlukan perkhidmatan guru ini.
Tambahan lagi, peningkatan jumlah bilangan pelajar di sekolah juga memberikan sedikit tekanan kepada para guru untuk mengajar atas ketidakselesaan kelas yang agak sesak. Ini sekaligus memberikan kesan yang tidak baik juga kepada hak para pelajar untuk menuntut ilmu dalam keadaan yang kondusif. Kesannya, segelintir pelajar mula berasa bosan dan tidak berminat untuk belajar dan seterusnya bisa menganggu rakan-rakan yang mempunyai keinginan tinggi untuk belajar. Implikasi seterusnya adalah para pelajar ini akan mencetuskan masalah disiplin di sekolah yang kini sudah pun semakin parah dengan pelbagai isu disiplin yang tidak enak untuk didengar di media massa saban tahun. Maka, nisbah guru kepada pelajar 1:25 semakin sukar untuk dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara. Nyata sekali, banyak kesan berantai yang akan berlaku jika isu pembekuan guru ini dibekukan pada tahun hadapan.
Kepada mahasiswa/i pendidikan yang merasai keperitan atas perkhabaran ini, semoga tabah dan tidak patah semangat untuk terus menuntut ilmu serta terus bersiaga dalam menempuhi dunia yang luas ini dengan kemahiran yang sudah diasuh di tempat pengajian masing-masing.
Filed under: Coret-coret, Pendidikan@Education | 46 Comments
Tags: guru, pendidikan

saya sebagai bakal guru yang akan bergraduat insya-Allah thn dpn amat terkejut apabila mendengar khabar berita ini..bagi saya, ini tdk sepatutnya berlaku kerana jika penempatan guru dibekukan, pada masa akan datang akan berlaku satu lambakan graduan guru..nnt lagi r ssh utk posting..tmbhn pula, senario sekarang dengan kelembapan ekonomi..namun lagi satu kemusykilan saya, kenapa phk KPM msh mngambil GSTT (Guru Sandaran Tidak Terlatih). sekarang juga terdapat lmbakan gstt, n ini menyukarkan kami yang telah mngmbil jurusan pend. di ipta utk posting…
kenapa ini berlaku? n skrg t’lalu byk produk bakal guru d ipta, tpgm, dpli, kpli sume..camne dgn kami yg bljr d ipta? kbykn yg dpt posting awl adlh dr ipgm,kpli,dpli??
knapa prlu ada kpli?dpli?
saya tidak kisah. lebih baik kalau saya dilepaskan sahaja dari kontrak kerajaan.
syafarhana,
Semoga saudari tabah menerima khabar ini. Sememangnya isu ini boleh menjadi tamparan yang hebat kepada graduan dan pihak kerajaan sendiri kerana jika betul-betul perkara ini terjadi, pasti akan timbul masalah lain pula. Berkenaan dpli dan kpli itu, semuanya adalah dasar dan pegangan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam memenuhi kekurangan guru di sekolah.
Tapi jika berlakunya lambakan guru, saya turut mencadangkan dasar ini dimansuhkan kelak.
bakal guru tesl (dengan berat hati),
Semuanya terpulang kepada diri individu itu menjalani haluan masing-masing.. Sesuatu pekerjaan yang dilakukan berdasarkan minat adalah lebih bermakna sekali.
hairan… kat kawasan pendalaman, kelas sesak dengan jumlah pelajar hingga 60-70 orang. padahal lama sudah kementerian pelajaran war-warkan jumlah pelajar 30 orang untuk satu2 kelas. malahan di sabah sahaja sukar untuk cari sekolah menengah yang satu sesi. semua adalah untuk menampung jumlah pelajar yang semakin ramai hingga ada sekolah yang kelas tingkatan 1 ada sekitar 9 kelas dengan jumlah pelajar antara 20-50 pelajar. di mana rasional kementerian pelajaran?
dah la… matapelajaran yang kurang efektif ditambah seperti pendidikan sivik dan kewarganegaraan (nampak sangat ada kroni yang inginkan komisen dari penjualan buku teks). malahan keluarkan pekeliling yang guru perlu sekurang-kurangnya ada 20 waktu mengajar seminggu, apa nak sibuk… isu guru mengajar sekitar 30 waktu pun dah basi, lepas tu… wujudkan jawatan kaunselor yang langsung tidak mengajar. Jawatan guru disiplin pula macam dianak tirikan, PK HEM menyerahkan semua tanggungjawab kepada ketua guru disiplin (lagi teruk isu semua guru adalah guru disiplin sering di katakan). manalah otak pegawai tinggi di kementerian dan jabatan… wujudkan jawatan PK disiplin lah. tetapkan jumlah mengajar, sekarang pelajar tidur dalam kelas pun masalah disiplin… salahkan guru mengajar? kenapa tak salahkan ibu mengandung??? kalau ibu bapa pandai, ajarlah anak sendiri.
Paling tidak rasional, pengetua pun terpaksa mengajar… lama2 ada pengetua yang kena strok, dah lah mentadbir (masa jadi guru biasa pun beliau sudah mengajar) di mana mau pergi mesyuarat, bila mau masuk kelas… entahlah! kenapa isu pendidikan kita tak selesai, sekiranya ada pendapatan lain, ramai mungkin guru2 letak jawatan. semua kakitangan kerajaan kata guru ne kerja senang, kalau senang kenapa ibu bapa nak ajar ABC dengan anak pun tak dapat. bila ada masa disiplin anak, salahkan pihak sekolah… bila dah tak dapat kawal anak2, minta tolong pihak sekolah pulak.
nah… isu hendak dibekukan penempatan guru2, lagi tak rasional… kepada semua pegawai di jabatan / kementerian pelajaran… korang letak akal tu di mana? ketua2 sektor, pengarah2 bahagian… jangan samakan zaman korang dulu dengan sekarang. masa dulu, yang tak pandai belajar sampai tingkatan 3, malah setakat tahun 6 tu pun berlambak yang berhenti. sekarang pelajar masuk tingkatn 5 pun banyak tak pandai membaca, salah guru? kenapa nuramalina cemerlang spm, tak pula guru dia dipuji. pujilah guru tadika dia dulu, guru sekolah rendah dia, guru tingkatan 1 – 3 dia, termasuk lah guru f4 -5 dia.
kalau pelajar tak pandai guru salah, kalau pelajar pandai… pelajar tu pandai mengurus masa. jadi kalau kekurangan guru secara tidak selaras sekarang dengan isu pembekuan guru salah siapa? salah pelajar yang mohon jadi guru yang terlalu ramai? salah keadaan ekonomi negara yang merundum? jawapan dia… salah sistem kita lah. berlambak lagi masalah kekurangan guru, naikkan kouta nisbah guru pelajar kepada 1:20. pastikan semua guru mengajar maksimum 18 waktu seminggu. barulah ada masa guru nak buat kajian tindakan, baiki pnp, cari cara untuk tingkatkan penguasaan pelajar.
pegawai di jabatan/kementerian, carilah jalan nak selesaikan isu pembekuan ini. bukannya asyik cakap cara guru mengajar tak betul. takda itu, BBM tidak menarik, Pengurusan masa tidak cekap (padahal pegawai dari pejabat pejaran yang urus penempatan guru ja dan pengalaman mengajar baru 5 tahun… lagi teruk kalau baru DG32 or 34). bukan cari masalah pnp guru2 yang penting sekarang…. cari jalan selesaikan isu lambakan guru dengan kekurangan guru di kawasan pendalaman. baru lah guru2 respek dengan orang di pejabat.
Untuk menuju dunia tanpa sempadan yang mencabar, kita perlu guru untuk memajukan generasi muda. Sebagai negara yang progrestif, pendidkan mesti di utamakan. Salah satu caranya ialah memastikan guru yang mencukupi. Dasar kerajaan kenalah konsisten tentang memperkasakan pendidikan. Untuk memartabatkan pendidikan, guru adalah faktor paling penting. Pihak yang membuat dasar kena berfikir dengan teliti sebelum membuat sesuatu keputusan
insya-Allah…harap2 sume ni x jd coz nnt akn berlaku lambakan guru dan makin ssh utk penempatan akn dtg…
Saya sebagai ibu kepada anak yang baru Konvo dari UPSI amatlah terkejut mendengar berita yang jawatan guru untuk tahun hadapan akan dibekukan. Amat kecewa dan sakit hati. Pelajar sudah menghabiskan lebih kurang 5 tahun untuk menuntuk ilmu untuk menjadi guru. Selepas bersengkang mata dengan iringan doa ibubapa untuk melihat anak berjaya menjadi pendidik, tiba-tiba keluar berita mengenai pembekuan jawatan guru. Kami sebagai ibubapa ingin sangat melihat anak kami / kita untuk menjadi guru yang cemerlang. Saya amat terkejut dan rasa hairan bagaiamana perkara ini boleh berlaku. Dan kenapa masih ada KPLI, KPLISPM, even budak-budah yang habis SPM di ambil masuk ke maktab untuk menjadi guru??? Apa akan terjadi kepada siswazah yang belajar di IPTA-IPTA yang menunggu untuk menjadi guru??
Aishah,
Salam, saya berasa simpati dengan perasaan puan dalam hal ini. Sememangnya, setiap ibu bapa inginkan anak mereka menikmati masa hadapan yang baik dengan tugasan yang bakal digalas di sekolah. Tempoh menuntut ilmu sepanjang 5 tahun itu memang cukup lama dan sudah semestinya tidak sabar untuk melihat permata hati kita menempuhi alam kerjaya.
Namun, semoga kita terus bersabar dan tabah untuk menunggu keputusan yang muktamad kelak.
Educator,
Saya bersetuju dengan pandangan anda..
mlanau,
“….berlambak lagi masalah kekurangan guru, naikkan kouta nisbah guru pelajar kepada 1:20. pastikan semua guru mengajar maksimum 18 waktu seminggu. barulah ada masa guru nak buat kajian tindakan, baiki pnp, cari cara untuk tingkatkan penguasaan pelajar…”
Saya rasa tertarik dengan pandangan anda ini. Nyata sekali, jika kuota nisbah guru pelajar kepada 1:20 untuk satu kelas, saya setuju. Hal sedemikian kerana guru boleh memberikan perhatian secukupnya kepada para pelajar serta kawalan disiplin juga akan mudah untuk dilaksanakan. Ini sekaligus mewujudkan suasana pembelajaran yang progresif dan berkesan.
Tambahan, dengan setiap guru mengajar maksimum 18 waktu seminggu pula sememangnya ia memberikan banyak kelebihan kepada para guru untuk memajukan diri. Melaluinya, ia memberikan peluang dan masa kepada guru untuk memperbaiki diri melalui penelitian ke atas refleksi pengajaran dan sekaligus membuat inovasi dalam proses P&P. Kesannya, ia memberikan manfaat juga kepada para pelajar.
saya baru sja grad bulan 8 2009……… skarang sdg menunggu posting yg ntah bila amatla terkejut dgn berita ini……… sepatutnya hal ini tidak patut berlaku… saya mengambil subjek fizik yg pada pendapat saya ketika itu amatla kurang bilangan pengajar di sekolah…….. jadi chances utk saya di tempatkan d sekolah tinggi…namun lain jadinya apabila ini trjadi……….
sakit hati apabila interview pun belom…… dan isu ini pula ada………..
bagaimana dgn nasib saya n rakan2 yg lain yg baru shaja menamatkan pengajian?
salam..saya pemegang biasiswa KPM… Adakah kami juga akan terjejas dengan isu posting/penempatan ini?? hmm.. jika benar pun, mngkin kami boleh kerja dalam bidang lain dahulu, berniaga pasar malam ke, berkebun dsb. Tidak jadi alasan, kita sendiri usaha untuk tentukan hidup kita. Pelajar UPSI majoriti melenting bila dengar isu ini. tetapi, kita sebenarnya x d janjikan tawaran menjadi guru bila masuk UPSI. betul kan admin?
saya merupakan salah seorang gstt di kedah. semasa taklimat gstt awal tahun ini. lebih kurang seramai 50 orang ( di daerah saya shj) yang datang untuk melapor diri dan kami diberitahu akan ada ambilan ke 2 dan ke 3. jadi terbukti dengan wujudnya gstt, bilangan guru sebenarnya masih tidak mencukupi di sekolah2.
xyah nak risau sgt… belum tentu lagi kan??? yang penting belajar dulu….
BSDP Fizik,
Alhamdulilah dan tahniah atas graduasi anda. Sememangnya kegembiraan dan kepuasan itu terserlah ketika menerima segulung ijazah.
Saya berharap anda bertawakal akan perkhabaran ini kerana ia masih lagi belum jelas akan keputusan yang sebenarnya. Semuanya masih lagi dalam perbincangan. InsyaAllah, anda akan dipostingkan dalam masa terdekat.
USPI Boys,
Salam..terima kasih atas kunjungan saudara. Saya juga merupakan bekas mahasiswa pendidikan. Kebiasaannya, golongan yang memegang biasiswa KPM sentiasa mendapat layanan yang adil dan menjaminkan. Maka, mungkin saudara tidak perlu terlalu risau akan perihal ini.
“…tetapi, kita sebenarnya x d janjikan tawaran menjadi guru bila masuk UPSI. betul kan admin?…”
Ada kebenarannya terutama kepada pelajar yang memegang biasiswa selain daripada KPM.
Liya,
Ini satu perkhabaran yang melegakan. Sememangnya, diakui masih banyak sekolah yang kekurangan guru. Di Sarawak misalnya, ramai guru baharu diperlukan untuk mengisi kekosongan yang sedia ada terutamanya di sekolah-sekolah pedalaman.
dhia,
Betul tu.
Yang penting, ilmu di dada cukup dijadikan sebagai bekalan buat menempuhi arus kehidupan sebenar kelak.
salam…
petikan dr puan Aishah..
“Dan kenapa masih ada KPLI, KPLISPM, even budak-budah yang habis SPM di ambil masuk ke maktab untuk menjadi guru??? Apa akan terjadi kepada siswazah yang belajar di IPTA-IPTA yang menunggu untuk menjadi guru??”
erm..ni menjadi persoalan sy skrg…
kenapa perlu ada KPLISPM??byk sgt progrm kmntrian utk m’hasilkn produk guru yg berjaya…ttp kdg2 t’fikir, kami yg menuntut di ipta spt tdk dipandang sdgkn di ipta,t’lalu ramai yg bakal jd guru,mngmbil jurusan pendidikan….melainkn pemegang biasiswa KPM…
to mlanau,
isu kaunselor x ngajar bkn jd mslh.mmg de pekeliling yg menyatakan kaunselor x perlu mengajar. psl hal pengetua kna mengajar tu mmg la ptt sb pengetua cma mengajar 2 jam je seminggu. tu pn bkn subjek kritikal.
erm..xtau la nak ckp ape..kedengaran smua org yg amek perguruan rasa terpukul dgn pembekuan utk posting nx year.sy pon baru habis dpli thn ni n menunggu utk posting.
jika betul la ade pembekuan, hopefully kerajaan tolong la inform dengan segera.tp sy tau rmi graduan yg akan melenting.bukan ape, bila bgtau awal, kite boleh cari kerja lain yang bersesuaian dan bermanfaat.insya allah rezeki ade d mana2..
ketika ura-ura posting guru bakal dibekukan bermula 2010 sy dan rakan lain menerima dgn perasaan yg amat kecewa dan merasakan segala penat lelah belajar selama 4 thn serta impian bakal menjadi guru hancur punah… di ati hanya terdetik siapa yang bersalah…? adakah salah kami yg mengambil jurusan ini terlalu ramai? adakah salah dasar yg tidak melihat impak dasar yg bakal diterima pd generasi akan dtg…? adakah pihak tertentu yg bt keputusan drastik tnpa guna neraca akal..? adakah kerana politik kami dipergunakan..? ntahla.. yg pasti kami adalah golongan yg teraniaya.. namun harus kita pertimbangkan sekiranya ura-ura ini menjadi realiti kita dapt lihat berapa ribu org akan mengangur… bgaimana pula kesan ekonomi ketika itu.. apa pula alasan yg akan diberi ketika itu…byk perkara harus dipertimbangkan.. tidak seharusnya hal ini dilihat pada sebelah mata, tetapi haruslah menggunakan hati, akal… sebagai org islam sesungguhnya apa yg berlaku ade hikmah dan orang yg teraniaya sentiasa mendapat perhatian dariNYa
Saya penah p putrajaya dan ajukan isu ini kepada bahagian sumber manusia. jawapan diorang, benda ni still masih dlm perbincangan. Apepun, dengar cerita bulan januari 2010 ni ade posting lagi, tapi mungkin ini posting yang terakhir sebelum dibekukan.
harap2nye, perkara ni dipertinbangkan sedalam2nye menggunakan akal fikiran yang relevan laa oleh pegawai di KPM, menteri2 kabinet dll. sebab kerajaan nk bekukan pengambilan guru adalah kerana kekurangan wang. Dengan apa yang kerajaaan diketuai Najib skrg, rasanya saya tak nampak yang kerajaan mcm kekurangan wang. Ni pendapat saya jelah.
Anyway, alhamdulillah graduan ogos2009 tmasuk sy dah pun selamat posting especially graduan UPSI. Yang baru interview bln 10 and 11 akan dipostingkan awal januari ini. InsyaAllah….doa byk2 supaya rezeki kite semua dimurahkan.
Ma’assalamah
anakUPSI,
Tahniah diucapkan. Semoga menjalankan tugas dengan penuh dedikasi..
kepada aishah.anak kami yang merupakan produk dari ipgm adalah sama taraf dengan anak anda yang belajar di ipta iaitu IJAZAH.bukan budak hingusan spm seperti yang anda katakan.
maaflah kalau post saya ini bakal menyakitkan hati semua pihak
1) jika diperhatikan dalam sejarah pendidikan di malaysia. pernah diingatkan kepada universiti awam @ IPTA untuk tidak menawarkan kursus pendidikan kerana KPm ingin menyelaraskan pengeluaran guru dari institusi perguruan. sbb itu keluaran IPTA xsama dgn keluaran IPG.
2) keluaran IPG didedahakan dengan sistem pedagogi dan didedahkan di sekolah setiap semester untuk menjalankan pengalaman berasaskan sekolah dan latihan mengajar. berbanding di IPTA,(berdasarkan maklumat yg disampaikan oleh pelajar IPTA yg mengambil pendidikan) mereka hanya diperkenalkan @ fokus kepada subjek tertentu sahaja tetapi tidak dr segi teori pembelajaran, pedagogi kukuh untuk mengajar.
3) mengenai tentang kualiti, mmg proses nk belajar tu lama. tp ada perbezaan kualiti diantara pelajar pendidikan IPTA dan erguruan IPGM. ini diakui sendiri oleh pihak pentadbir sekolah.
4) mengenai pengetua dan guru besar kena mengajar. heeeeeee…sejak bila ada ketetapan pengetua dan guru besar itu bukan guru..mereka juga guru dan perlu ada jadual mengajar kerana setiap guru ada penilaian prestasi. bukan sahaja di peringkat pengurusan, tetapi peringkat pengajaran. kalau tidak perlu mengajar, baik la dorg punya tangga gaji tukar jd ‘N’ bukannya ‘DG’..
5) kepada puan aishah, KPLSPM adalah keluaran IPGm yang akan dianugerahkan IJAZAH PERGURUAN iaitu sijil yang melayakkan secara automatik individu yang menjalani latihan ikhtisas (pengkhususan lebih kepada menjadi guru) untuk mengajar di sekoleh. kami bukan budak hingusan, malah kami juga menjalani pengakredisaian dr MQA(Agensi kelayakan Malaysia)–>boleh rujuk untuk menyemak kursus yang saya ambil di IPGm bwh carian ijazah sarjana muda keguruan.
malah, tenaga pengajar kami adalah guru yang telah diserap ke IPG untuk menjadi pensyarah. kelulusan mereka juga dinaiktaraf iaitu pemegang master pendidikan dan ke atas sahaja yang boleh mengajar di IPG. berbanding pensyarah di IPTA yang TIDAK SEMUANYA pernah menjadi guru TETAPI MELATIH PELAJAR2 keluaran IPTA untuk menjadi guru. bagaimana mereka nk membayangkan situasi di sekolah sedangkan banyak perbezaan dari kaedah belajar di IPTA dan IPGM..KPLI di IPTA juga tidak memperolehi pengalaman yang sama seperti KPLI di IPGm..pemegang ijazah sarjana muda pendidikan di IPTA juga tidak menerima kaedah pembelajaran dan aktiviti yang sama seperti KPLSPM @ PISMP di IPGM..kerana IPGM memang dibentuk dari dulu untuk MELATIH GURU2 DI MALAYSIA DAN MEMBEKALKAN GURU KE SEKOLAH.bukannya tugas IPTA..
harap kalau ada yang masih musykil, rujuk saya di najwa2812@yahoo.com
1 more thing..sape yang amik kursus perguruan di IPGm sama ada PISMP@KPLSPM, KPLI, KSPK, KDC, PGSR…peluang lebih cerah kerana anda mengambil kursus ikhtisas PERGURUAN.
berbeza dgn kursus PENDIDIKAN yang dijalankan oleh IPTA…
harap dapt faham perbezaan kedua2 jenis kursus ini.
“kenapa perlu ada KPLISPM??byk sgt progrm kmntrian utk m’hasilkn produk guru yg berjaya…ttp kdg2 t’fikir, kami yg menuntut di ipta spt tdk dipandang sdgkn di ipta,t’lalu ramai yg bakal jd guru,mngmbil jurusan pendidikan….melainkn pemegang biasiswa KPM…”
tiada istilah KPLISPM..
KPLSPM adalah kursus perguruan lepasan SPM iaitu pelajar2 cemerlang yang dipilih setelah mengisi permohonan secara online untuk mengikuti program persediaan sahaja.
selepas program persediaan lulus dengan syarat , mereka perlu mengikuti program ijazah selama 4tahun di IPGM. tidak timbul istilah KPLI-SPM…
banyak pulak saya komen…
KPLI kursus tempoh setahun sahaja.
KPLSPM 1tahun setengah + PISMP 4tahun = 5 tahun setengah…
salam..
apa yg sy leh katakan..
kita sama2 berdoa kepada Allah..Dia yg menetukan segalanya..kepadaNya kita berserah..Doala…kerana doa adalah senjata mukmin..bangun la di 3/4 mlm.beribadat..dekatkn diri dengan Dia..menadah tgn memohon hajat kita..insya Allah dengn izinNya..kita akn dpt apa yg kita hajati..Allah sentiasa memperkenankan permintaan hambaNya..
jgn la mudah mngalah nk berangapan bhw anda blajar selama 4 atau 5 thn tu sia2 sbb xde posting..kita msti tahu..niat blajar adalah untk mendaptkan ilmu..dan dapatkan rezeki..klu xde posting jgn la kata sia2..ilmu tetap kita dapat…dan manfaatknlah..rezeki ada..tp xtahu d mana..cpat atau lmbt.bersabarlah..sesungguhnya Allah bersama2 dengan org yg sabar..
ya..saya setuju pendapat nisa….sebenarnya semua sama sahaja..4 thn @ 5 thn…cuma yang beza nasib n peluang sesorang individu itu….usahlah bertekak..membebel ….ini akan menunjukkan kelemahan profesion perguruan sebenar….Alhamdulillah saya bakal dipostingkan 1st disember 2009 ini..kpli 2009…moga yang lain bkl dipostingkan juga kelak…amin
Salam utk semua. Saya adalah seorang pekerja swasta. Isteri saya adalah seorang bakal guru. Untuk renungan semua, berapa ramai pelajar yang belajar di IPTA & IPT selain dr kursus pendidikan yang mendapat jaminan pekerjaan? Andai kata mereka yang gagal mendapatkan kerja selepas belajar 4-5 tahun merasakan itu adalah noktah hidup, berfikirlah sekali lagi… Saya adalah seorang bekas pelajar jurusan kejuruteraan. Ramai rakan2 saya yg tidak bernasib baik seperti saya yang telah mendapat pekerjaan. Tapi saya bangga kerana mereka tidak berputus asa. Dan saya rasa, pelajar untuk jurusan lain juga tidak sepatutnya berputus asa. Bersyukurlah, sekurang2nya kita telah mendapat peluang untuk belajar dan menamatkan pengajian. Ada antara kita yang tidak dapat pun merasakan pengalaman belajar di IPT/A…
alahai bakal guru malaysia……
nampak sgt ler bakal guru mesia skrg nie hanya pentingkan kerjaya dan periuk nasi sendiri sahaja…. kepentingan pelajar mcm jadi no 2 jer…
MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN….
jangan marah….
Belajar tinggi-tinggi tapi menganggur pula..alahai..kita belajar untuk apa? untuk dapat ilmu ? jadi, ilmu itu untuk apa? nak kerja lah jawapnya.nak cari makan.kalau kaya senangla ckp tp bagaimana pula dengan yang hidup miskin dan ingin membantu keluarga?belajar 4 tahun,ptptn berpuluh ribu minta dibayar…nak bayar dengan apa?bayar dengan airmata?kalau dah tau tak ada kerja kenapa nak diwujudkan kursus pendidikan yang jelas akan melahirkan penganggur kelas pertama?memang ada kerjaya lain utk guru tapi berapa la sangat jumlah pekerjaan yang mahu menerima graduan pendidikan yang jelas hanya mengkhusus dalam pendidikan?pendidikan sejarah misalnya. dah graduate nak jd apa?kurator muzium?ala berapa buah muzium kat malaysia ni? 100buah? 200 buah? 3000buah? tak habis pun dibilang dengan jari.sedangkan sedangkan dalam setiap ambilan terdapat kira2 2 ribu graduan dalam setiap pengkhususan di sesebuah universiti.di mana mereka nanti?
salah siapa ni?salah kami kah?kenapa nak dibekukan?kerajaan tidak ada wang nak bayar gaji guru lagi ke?tak logik..mnta perhatian pihak berkenaan..
salam…
salam semua.. sy setuju dgn pdpt najwa & nisa. Memang btl keluaran IPGM lebih berkualiti krn mrk didedahkan dgn pedagogi & pengalaman berasakan sek. Sy dpt melihat perbezaan tsbt. Jgn ler kite sesame kite mempertikaikan peranan IPGM. Kewibawaan tenaga pengajar IPGM x patut dipersoalkan. apa yg sy leh katakan..
kita sama2 berdoa kepada Allah..Dia yg menetukan segalanya..kepadaNya kita berserah..Doala…kerana doa adalah senjata mukmin..bangun la di 3/4 mlm.beribadat..dekatkn diri dengan Dia..menadah tgn memohon hajat kita..insya Allah dengn izinNya..kita akn dpt apa yg kita hajati..Allah sentiasa memperkenankan permintaan hambaNya..
Salam suma..
Keluaran dr IPTA ke IPG ke, asalkan membimbing murid dan pelajar mengembangkan potensi diri selaras dengan FPN adalah t/jwb kita guru dan bakal guru. Posting @ x posting tu, insyaAllah jika ada rezeki tentu ada. Tp saya bljr di IPG untuk KPLI, ble rasa environment sekolah setiap hari kuliah, kami ada School Based Experience dan praktikum juga. KPLI tetap penting, ini adalah kerana lepasan pelbagai ijazah (dlm kelas saya ada yg lulusan Law, Engine, IT, Sains, Sastera, Filem) mempunayi watak dan ilmu berbeza. Saya rasa ini adalah suatu kelebihan untuk sekolah, kerana kami mempunyai ilmu luar dari skop perguruan/pendidikan dan pernah membina kerjaya dgn ilmu dr universiti bertahun2, kami boleh berkongsi idea dan maklumat berdasarkan ilmu dan pengalaman kerja yang ada. Cthnya, kami boleh menguruskan kewangan kedai koperasi di sekolah, membina web atau blog untuk sekolah, mengajar murid2 mengenai lakonan dan nyanyian, teknik bertukang dan bercerita mengapakah bangunan sekolah ada tangga dan bukannya lif (engineering). Kami bukannya guru kelas kedua, ada antara kami tidak mendapat peluang mengikuti kursus ijazah pendidikan semasa di universiti w/pun meletakkan ia sbg 1st and 2nd choice drp 5 pilihan spt saya dahulu apply masuk U sesi akademik 2000/2001, tiada langsung bidang Multimedia dgn Pendidikan, so ini bukannya kerjaya pilihan terakhir kami (hopefully 80% and more), terpaksa la apply KPLI, alhamdulillah kali ke 5 berturut2 baru berjaya. Kita semua ada t/jwb, jika ada ilmu tetapi x digunakan dgn sepenuhnya tiada gunanya membuang masa dan duit begitu lama di universiti, kepada yang tidak posting lagi/lambat boleh cuba2 mengajar ‘tuition’, ada juga wang sampingan.
saya sebagai bakal guru yang akan berposting thn dpn amat terkejut apabila mendengar khabar berita ini..bagi saya, ini tdk sepatutnya berlaku kerana jika penempatan guru dibekukan, pada masa akan datang akan berlaku satu lambakan graduan guru..kalau benda ini akan berkemungkinan berlaku buat ape kpm mengambil guru pelatih belajar di ipta dengan kadar yang begitu tinggi… masa depan kami bukannya barang mainan…..
salam..
semoga apa yg dbincangkan dcni tidak benar..namun kemusykilan result posting yg masih xdumumkan lagi membuat sy semakin risau..adakah betul berita ini…terlalu byk tarikh yg telah diberitahu…bila call KPM…kata da anta kat JPN..call JPN pulak..kata senarai takde lg…kena[pa tidak telus saja..kan senang..supa kami yg sedang menunggu tidak berteka teki terlalu lama..
Pembekuan penempatan guru?! Rasa inilah berita yang bakal dianugerahkan “Berita paling tak masuk akal” bagi tahun 2009. Tak kan KPM tak tau ttg kekurangan guru di negara kita ni, malah masalah ini dah menjadi semakin serius. Sudah lebih daripada 50 tahun negara kita merdeka, kenapa pendidikan di negara kita menjadi semakin mundur? Tanggungjawab guru hari ini bukan sekadar mengajar sahaja, malah semakin hari semakin banyak kerja yang kena dipikul oleh guru terutama guru kelas (sama ada Sek. rendah ataupun sek. menengah). Kekurangan guru di sek. telah menyebabkan guru tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian dalam P&P akibat kerja yang berat. Pembekuan penempatan guru nescaya memburukan lagi keadaan. Negara kita masih memerlukan ramai guru yang efektif untuk menyumbangkan tenaga mereka dalam usaha memajukan pendidikan negara.
Kepada semua bakal guru, janganlah berputus asa. Masa depan pendidikan negara masih bergantung kepada anda semua.
salam.. saya setuju dgn najwa..pelatih KPLSPM adalah pelajar cemerlang SPM yang diambil untuk mengikuti latihan perguruan. Kalau diikutkan, result SPM mereka rata-rata lebih baik daripada mereka yang ke IPTA..dan maktab perguruan/IPG adalah institusi yang melahirkan guru sejak dri dulu lg dengan kaedah teori dan praktikal yang terbaik..so, berhati-hati sebelum berkata2.. tapi ipg atau ipta, seperti mny kata, tak perlu terlalu memikirkan posting..rezeki di tangan Allah..banyak kan berdoa dan jika benar2 tiada posting, cubalah cari kerja lain sementara menunggu posting..semoga perkhabaran ini tidak menjadi kenyataan..amin..
hari ni ada keluar semakan penempatan..cubalah lihat di moe.gov.my…manalah tau ada rezeki anda…
INI semua telah ditakdirkan…..aku pernah minta UPSI tapi tak dapat..minta ipta sambung pendidikan tak juga dapat2.so aku masuk ipts ambik jurusan engineering…alhamdulilah walaupun menempuhi laluan yang lain…aku tetap mencapai cita-citaku…ini semua dah ditakdirkan & rezeki itu telah ditentukan……
pendapat on Disember 10, 2009 said:
alahai bakal guru malaysia……
nampak sgt ler bakal guru mesia skrg nie hanya pentingkan kerjaya dan periuk nasi sendiri sahaja…. kepentingan pelajar mcm jadi no 2 jer…
MURID DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN….
jangan marah….
————————————————————————————————
MASUK TOILET PUN KENA BAYAR 30 SEN…
ala…kan skrg ekonomi gawat…lagipun benda xconfirm…jgn gelabah…
napa nak kutuk keluaran IPG.batch pertama diorg akan berada di sekolah hjg bln ni(PISMP+PISMK)..mereka dapat degree perguruan,bkn pendidikan…rasanya leh bezakan antara perguruan dan pendidikan…
pasal posting,rezeki masing2….kalau ditempatkan, Alhamdulillah…kalau xdpt, cari kerja,usaha utk byr balik pinjaman…