Setelah 7 tahun dilaksanakan, petang tadi Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) secara sepenuhnya menjelang tahun 2012.

Walaupun pemansuhannya secara berperingkat, ia sudah cukup memadai dan seharusnya memanjatkan kesyukuran kerana Bahasa Melayu kembali didaulatkan sebagai bahasa pengantar bagi kedua-dua subjek tersebut.

Nyata sekali, segala penat jerih dan kesabaran para pejuang bahasa terutamanya ahli GAPENA dan masyarakat yang selama tempoh itu berbaloi. Tidak sia-sia atas perhimpunan aman yang berlaku pada Mac yang lalu.

Atas kejayaan ini, sayugia diingatkan agar para pengkarya dan badan-badan yang berfungsi dalam memartabatkan bahasa Melayu mengambil teladan ini sebagai pencetus dan pembangkit nafsu untuk meningkatkan mutu dan kualiti penggunaan Bahasa Melayu. Langkah-langkah yang tepat mesti diambil sebagai laluan kepada mencambahkan kebanggaan rakyat Malaysia kepada bahasa kebangsaan negara.

Belajarlah daripada sejarah itu, kerana ia telah mendewesakan kita.



No Responses Yet to “Ketenangan untuk rakyat”  

  1. No Comments Yet

Leave a Reply