Mengimbau kenangan bola sepak negara..

Di mana harus saya mulai. Jemu dan bosan. Semalam skuad bola sepak negara sekali lagi ditewaskan oleh pasukan Vietnam. Kali ini jurulatih B. Sathianathan mempersalahkan penjaga gol Mohd. Helmi kerana melakukan kesilapan mudah memberikan kemenangan kepada pasukan lawan.

Sebenarnya, sudah begitu lama saya tidak mengikuti perkembangan bola sepak Malaysia. Tidak pernah mengambil tahu perkembangan sukan ini. Terkejut-kejut ada kejohanan sedang berlangsung sebagaimana sekarang iaitu Piala AFF Suzuki di Thailand. Saya sudah muak dengan prestasi bola sepak negara. Bertahun-tahun mutu permainan masih di takuk lama. Tiada perubahan. Corak permainan yang perlahan. Keazaman untuk menang perlawanan ternyata kosong di jiwa pemain. Jika kita lihat siaran langsung di kaca televisyen, pasukan yang ketinggalan tidak berhempas pulas menutup keaiban apabila minit-minit akhir perlawanan. Keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan Liga Malaysia pada awal 90-an dahulu (sebab saya menikmati bola sepak negara pada masa tersebut).

Pada tahun 90-an, Liga Malaysia diwarnai oleh pemain-pemain yang hebat. Tidak kira pemain tempatan mahupun awang import. Setiap negeri memiliki karisma dan style tersendiri. Manakala para pemainnya pula mempunyai keunikan tersendiri. Ada raja sepakan bebas. Ada yang diibaratkan lipas kudung. Ada yang pakar mengelecek. Masing-masing pemain mempunyai kemahiran yang tiada pada pemain lain. Pada masa tersebut juga, setiap stadium menjadi keramat bagi pasukan. Pelbagai mitos menjadi bualan sehingga menjadikan para pasukan lawan sentiasa gerun jika bertandang.

Saya pasti di luar sana yang mengikuti zaman ini masih mengingati pemain tempatan seperti Hashim Mustapha, Matlan Marjan, Azizul Abu Hanifah, Affendi Julaihi, Dollah Salleh, Azman Adnan, Khairul Azman Mohd, Mubin Mokhtar, Radhi Mat Din, Serbegeth Singh dan ramai lagi. Bagi pemain import pula siapa yang tidak mengenali Ervin Boban, Abbas Saad, Alistair Edwards, Peter Niekitien, Igor Shykrin, Alan Davidson, Scott Ollerenshaw, John Hunter, Laszlo Repasi dan seumpamanya.

Setiap pasukan akan menunjukkan semangat yang jitu untuk melakar kemenangan. Kegilaan peminat pada sukan bola sepak negara pada masa itu memang membara. Sehingga stadium dilimpahi oleh penyokong menyebabkan venue perlawanan ditukar. Apabila malamnya ada perlawanan, besoknya surat khabar menjadi laris bagaikan goreng pisang. Kemenangan pasukan menjadi tajuk utama berita sebagaimana Utusan Sarawak pada satu ketika dahulu. Di mana-mana peminat tak kira muda dan tua bersembang pasal bola. Saya yang masih bersekolah rendah, memang sentiasa menjadi peneman setia di radio apabila ada perlawanan yang membabitkan pasukan kesayangan. Di kedai-kedai yang menjual makanan segera (burger) di malam hari juga tidak terkecuali memasang radio mendengar siaran langsung. Inilah suasana sambutan terhadap bola sepak tempatan pada masa tersebut.

Kini, suasananya semakin suram. Stadium tidak penuh. Kecuali apabila membabitkan perlawanan akhir seperti Piala FA dan Piala Malaysia. Di kedai-kedai kopi sudah tiada lagi yang bersembang pasal bola sepak Malaysia. Yang kedengaran adalah Chelsea, Arsenal, Man Utd, Rooney, Ronaldo, Fabregas dan beberapa bintang terkenal dari Liga Perdana Inggeris. Semua bersembang kehebatan pemain luar negara. Peminat ada sanggup berjaga malam semata-mata untuk melihat pasukan pujaan beraksi.

Sekarang pasukan Malaysia dibarisi oleh pemain yang langsung tiada keunikan tersendiri. Yang lebih adalah style rambut. Style tap di tangan. Pengikat rambut di kepala. Tetapi permainan ‘hampeh’ tidak menunjukkan kualiti seorang pemain profesional. Sering kehilangan bola. Kawalan bola tidak kemas. Hantaran tidak tepat. Kenapa jadi sebegini? Adakah pemain sukar untuk mengubah paradigma lama? Dari dulu hingga sekarang langsung tiada yang membanggakan. Rasanya kalau dilantik Alex Ferguson atau Jose Mourinho menjadi jurulatih, agaknya buat malu jurulatih sahaja kerana pasti pemain tidak akan berani berubah.

Cukuplah sampai di sini luahan dari hati ini. (Kecewa)

One thought on “Mengimbau kenangan bola sepak negara..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s