Mari ‘klaka’ Sarawak
31Okt08
Tiba-tiba muncul idea untuk mengetengahkan belajar bahasa Sarawak. Sebab saya pasti masih belum ramai yang mengetahui makna dan berbahasa Sarawak terutamanya masyarakat luar Sarawak. Memandangkan ramai rakan-rakan yang akan posting ke Sarawak bermula 10 November ini, apa kata kita belajar bahasa bumi Kenyalang. Jom, kita mulakan sekarang yok..
Kata Ganti Nama
- BAHASA SARAWAK BAHASA MELAYU
- Kamek Saya /aku
- Kitak Kamu/awak
- Nya Dia
- Sidak Mereka
- Kamek orang Kami
Kata Arah
- BAHASA SARAWAK BAHASA MELAYU
- Ya Itu
- Tok Ini
- Siney Ke mana
- Sitok Sini
- Sinun Sana
Baiklah, sekian untuk kita pelajari hari ini. InsyaAllah, kemudian akan bersambung dengan lebih banyak perkataan untuk dipelajari. Kepada pengunjung yang bisa berbicara bahasa Sarawak, boleh sahaja menambahkan beberapa perkataan lain di ruang komen ya..
Filed under: Santai | 4 Comments
Tags: bahasa, kamek, kitak, melayu, sarawak

sape yg nak blajar ni.?? kene blajar ke.??ngeh3..
hehee..terpulang kepada individu. tetapi tidak salah untuk memperkayakan kemahiran bertutur melebihi satu bahasa
BENDA
penjan – tingkap
tudong penjan – langsir
cangkir – gelas/cawan
tapak – pinggan
pisok – pisau
suduk – sudu
PERKATAAN LAIN
kamah/kemaik = kotor
beresi = bersih
Manok = ikan
Itit = itik
Boyak = Cbuaya
Ikan tongkol = Tuna
Berekot = berlari
Betandak = menari
Belagu = menyanyi
Kemeh = kencing
‘Uk ‘uk = berak
Maksehhh = terima kasih
ney jamban? = mana tandas?
guguk-jatuh
sungkei-berbuka posa
pengilan-kenduri
tetak-ketawa
terengak-tengking
terais/teriak-jerit
ngatik-nyakat
ngutik-menyeramkan
loba-lebeh2/tamak
byk lg la..hehe
nomore,
Hehee..terima kasih atas tambahan dibuat.