“Dabai” Buah Tropikal Sarawak

31 Okt

Di Sarawak sekarang, jikalau anda singgah ke pasar basah untuk membeli barang keperluan dapur, anda akan terlihat satu buah yang sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah ‘dabai’. Kebiasaannya, buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi favourite dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Ini membuatkan ia sentiasa mendapat sambutan oleh penggemarnya sehingga ada yang sanggup membeli sampai berkilo-kilo.

Mengikut sumber yang tak sahih, buah dabai hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Brunei sahaja. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara  tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.

Bagaimana untuk menyediakan buah dabai.? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas. Selamat Mencuba.. :)


Label:, , ,

16 Respons to ““Dabai” Buah Tropikal Sarawak”

  1. qdetactive November 3, 2008 pada 7:01 am #

    dah cuba, tetap tekak tak boleh terima. hehehe…

  2. mesejabdul November 3, 2008 pada 2:54 pm #

    hehee..sama la kita. tapi bila tengok orang lain makan macam sedap la plk.

  3. saye November 4, 2008 pada 6:07 pm #

    lerr.. die sndr org srwk pun tak mkn. hahaa..

  4. mesejabdul November 4, 2008 pada 9:06 pm #

    hehe..nk buat bagaimana. Air liur lain-lain. huhu.

  5. MAZIDAH ADENAN November 10, 2008 pada 1:05 am #

    rugi la bagi sesiapa x pandai mkn buah ni…huhuh x sbr nak blik kch…bleh mkn buah dabey…ngan nasik panas2 pergh..!!

  6. mesejabdul November 10, 2008 pada 10:52 am #

    hehee..cepat2, sementara musim buah dabai masih mendapat sambutan sekarang.

  7. miszatiey86 Disember 16, 2008 pada 6:26 am #

    adeyh…peberet mek buah tok…yum3

  8. mesejabdul Disember 16, 2008 pada 4:37 pm #

    miszatiey86 – Tunggu musimnya berbuah kembali di tahun hadapan :)

  9. suzy Jun 27, 2009 pada 11:37 am #

    Sedap sangat

  10. mesejabdul Jun 28, 2009 pada 8:48 am #

    Suzy,

    Wahh..tidak sangka orang Melaka pun bisa menerima buah dabai juga :)

  11. MJ 81 Oktober 23, 2009 pada 5:37 pm #

    Hai kawan2 aku dah test buah dabai ni,bagi aku okey aje rasa dia mcm lamak2…pada mulanya officemaid aku nak pekenakan aku dikata test lah!!ini buah kurma…than aku pun test la,bila aku dah rasa sebiji than aku mintak sebiji lagi..so dorank rasa pelik sangat than dorank terus ofer kat aku 1 mangkuk….so kepada siapa yang nak cuba, cuba2 la tak salah pun…(kalau sapa2 yang rasa dia berani,buat dabai boleh dimakan semasa menonton wayang digantikan dengan porp corn…he!he!

    MJ 81 (Shah Alam,Selangor)

  12. mesejabdul Oktober 24, 2009 pada 10:58 pm #

    MJ81,

    Hehee..sememangnya kalau tidak biasa atau tidak pernah melihat mesti diibaratkan seperti buah kurma. Lebih sedap makan bersama nasi putih yang masih panas. Itu yang penting :)

  13. faisal November 18, 2009 pada 3:25 pm #

    xpernah mkn lg buah ni..cuti ni abg angkat saya dr sibu nk bawa balik buah ni..bole la cuba nnt..hehe

  14. Cik Mehmed Abdussalam. Disember 31, 2011 pada 9:55 pm #

    Rasa hati macam nak pergi ke Sarawak malam ni juga sebab merasa makan buah dabai..oh ya anak ada di Miri,nanti kalau blk suruh bawa buah dabai.

  15. mesejabdul Disember 31, 2011 pada 10:06 pm #

    Salam. Kebetulan sekarang mmemang musim buah dabai. Boleh minta anak belikan. :-)

  16. Ibu anca Januari 15, 2012 pada 2:03 pm #

    My hubby (berasal dr semenanjung) lebih terer dr aku (asal s’wak) mkn buah ni… bleh mkn mcm tu je… aku cuma mkn dgn nasi…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.